Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 14 Ogos 2010

KISAH TIPU DAYA IBLIS: Terpedaya Dengan Muslihat Iblis Laknatullah

DI RIWAYATKAN bahawa pada masa dahulu terdapat seorang hamba Allah yang sangat suka membanteras kemungkaran.

Pada suatu hari dia berjalan-jalan untuk bersiar-siar di kampung tempat tinggalnya. Tiba-tiba dia terpandang seseorang sedang menyembah sebatang pokok besar berhampiran jalan. Maka ia pun jadi marah dengan perbuatan orang itu lalu pulang ke rumahnya untuk mengambil kapak buat menebang pokok berkenaan. Pada perkiraannya, jika pokok itu telah tiada tentulah orang itu tidak menyembahnya lagi.

Di pertengahan jalan, Iblis menghalang hamba Allah itu dengan menyerupai manusia lalu bertanya: “Kamu hendak ke mana?”

“Aku hendak pergi menebang pokok besar yang menjadi sembahan orang itu. Aku berjanji dengan Allah bahawa aku akan menebang pokok tersebut,” jawab hamba Allah itu.

Lalu berkatalah Iblis: “Buat apa kamu sibuk-sibuk sangat tentang urusan mereka, bukankah mereka itu sudah sesat dan jauh daripada mendapat rahmat Allah.”

Hamba Allah itu tidak mengendahkan kata-kata Iblis itu. Oleh kerana Iblis terus menghalangnya, maka terjadilah perkelahian antara hamba Allah itu dengan Iblis yang menyerupai manusia itu. Lama mereka berkelahi, sampai tiga kali berhenti dan berkelahi kembali. Perkelahian itu semuanya dimenangi oleh hamba Allah itu. Iblis yang menyerupai manusia tidak dapat menewaskannya. Iblis memikirkan muslihat untuk menewaskan hamba Allah itu.

Iblis tidak putus asa. Dia pun berkata: “Wahai orang yang sangat tinggi imannya kepada Allah, daripada kamu bersusah-payah menebang pokok tersebut lebih baik kamu pulang dan aku berjanji akan memberi kepadamu empat dirham dan aku akan letakkan di bawah bantal kamu pada setiap hari.”

Mendengarkan kata-kata Iblis durjana lalu hamba Allah itu bertanya dalam nada gembira tanda setuju: “Betul apa yang kamu perkatakan itu?”Lalu dijawab Iblis dengan tegas dan meyakinkan: “Betul, apa yang aku perkatakan.” Kerana yakin dengan janji-janji itu, maka hamba Allah itu pun membatalkan niatnya menebang pokok yang jadi sembahan itu dan terus pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, ketika hamba Allah itu terbangun dari tidurnya dia terus memeriksa di bawah bantalnya. Ternyata ada wang empat dirham sebagaimana yang dijanjikan Iblis yang menyamar sebagai manusia itu. Hamba Allah itu sangat gembir dan janji itu terbukti selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun pada hari ke empat, wang yang sepatutnya ada di bawah bantal tidak ada lagi. Dia berasa amat marah kepada Iblis yang telah menipunya. Dengan perasaan marah kerana hampa mendapat wang yang dijanjikan, hamba Allah itu pun mengambil kapaknya dan meluru menuju ke pokok yang hendak ditebangnya dahulu.

Sebagaimana yang berlaku sebelumnya, di pertengahan jalan hamba Allah itu bertemu semula dengan Iblis yang menyamarkan diri sebagai manusia itu yang dirasakan telah menipu dirinya. “Kamu hendak ke mana dengan muka yang merah padam sambil menggalas kapak?”, tanya Iblis sambil tersenyum.

“Aku datang untuk menebang pokok yang menjadi sembahan orang itu. Dan aku sangat kecewa kerana engkau telah mengingkari janji,”
jawab hamba Allah itu dengan tegas dan rasa marah yang amat sangat kepada Iblis.

Kali ini pun Iblis sekali lagi menghalang hamba Allah itu. Maka berlakulah perkelahian seperti empat hari dahulu. Tapi kali ini perkelahian tidak sesengit dahulu. Hamba Allah yang dulunya gagah dan kuat, kini dengan mudah dapat dikalahkan oleh Iblis yang menyamar diri itu. Lantas hamba Allah itu bertanya: “Bagaimanakah kali ini kamu dapat menewaskan aku dengan mudah, sedangkan pada pertarungan dahulu aku yang dapat menewaskan kamu?”

Maka berkatalah Iblis dengan nada sombongnya: “Ketahuilah bahawa aku adalah musuh Allah dan aku adalah makhluk yang menyeru kepada kejahatan dan kemungkaran. Jadi aku berusaha mencari jalan untuk menyesatkan manusia seperti kamu hingga hari kiamat.

“Empat hari dahulu kamu datang ke sini untuk menebang pokok itu dengan niat kerana Allah, bagi menghapuskan kemungkaran yang berlaku. Ketika itu jika ada makhluk, sama ada penghuni langit atau bumi yang ingin menghalangmu daripada berbuat demikian, pasti mereka tidak mampu.

“Tetapi, hari ini aku dapat menewaskan kamu dengan mudah, kerana niat kamu dan tujuan kamu sudah berubah. Tidak ada lagi keikhlasan di hati kamu. Engkau datang ke sini untuk menebang pokok kerana aku tidak lagi menyediakan wang untuk kamu sebagaimana yang aku janjikan. Engkau datang bukan dengan kerana Allah tetapi, datang kerana marah kepadaku.

“Oleh sebab itu, lebih baik engkau pulang sahaja ke rumahmu sebelum aku patah-patahkan anggotamu.”

Maka barulah hamba Allah itu tersedar dan dia berasa sangat kecewa serta menyesal dengan apa yang telah berlaku.

Moralnya, amal dan kebajikan yang dilakukan dengan tidak ikhlas tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Justeru, setiap amal dan kebajikan yang dilakukan hendaklah ikhlas kerana Allah. Apabila tiada keikhlasan, maka mudahlah iblis dan syaitan menggoda serta menyesatkan manusia sebagaimana yang disumpahkannya dengan Allah SWT.

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian Akhir.

ALHAMDULILLAH, sampai kita ke bahagian akhir pedoman yang memaparkan dialog terakhir Rasulullah SAW dengan Iblis laknatullah. Rasulullah bertanyakan mengenai peranan Iblis setelah Nabi Muhammad diutus Allah sebagai penyelamat dan pembawa cahaya kepada umatnya di muka bumi ini . Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.

SOALAN 34.
“Wahai Iblis! Sekarang bagaimanakah kesudahan ikhtiar engkau ke atas umatku kerana aku sudah dibangkitkan oleh Allah ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian anak Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah. Dan daripada mereka berada di dalam gelap-gelita tanpa cahaya kepada sinar yang terang-benderang?”

Pertanyaan itu disambut oleh Iblis dengan mengangkat kepalanya ke hadhrat Allah SWT sambil berkata: 'Ya Tuhanku! Demi kemuliaan Engkau, hamba akan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu, penat dan putus asa dalam menarik, menggoda, menghasut sekelian anak Adam di atas muka bumi ini kepada berbagai-bagai jalan maksiat selagi ada nyawa di dalam tubuh mereka itu. Sesungguhnya hamba akan jadikan pemuda dan pemudi bercampur gaul, berkenal-kenalan supaya senanglah bagi hamba mencelah masuk di antaranya.'

Ketika itu datanglah firman Allah SWT yang maksudnya: Wahai Malaun! Demi Kebesaran-Ku dan Ketinggian-Ku bahawa Aku sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada umat Muhammad selagi mereka itu memohon keampunan daripada-Ku.

Sesudah itu, Rasulullah berkata: “Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hamba sangat hairan mengenai dua perkara tentang hamba Allah atau umatmu, iaitu:
Pertama: Mereka itu mengaku kasih dan taat kepada Allah sedangkan dalam masa yang sama mereka itu taat kepada hamba dengan melakukan maksiat dan dosa.
Kedua: Mereka itu sangat marah dan benci kepada hamba sedangkan dalam masa yang sama mereka menurut akan hasutan dan godaan hamba.

Lalu datang lagi firman Allah SWT, bermaksud: Wahai Malaun! Demi Kebesaran dan Ketinggian-Ku, Aku anugerahi ke atas umat Nabi Muhammad dua kebahagian, iaitu:
Pertama: Ketaatan dan kasih mereka itu kepada Aku akan Aku jadikan kifarat (penebus dosa) bagi maksiat dan dosa yang mereka lakukan itu kerana terpedaya dengaan godaan engkau.
Kedua: Mereka itu marah dan benci kepada engkau akan Aku jadikan kifarat (penebus dosa) bagi mereka kerana berbuat maksiat kepada-Ku.

Firman Allah SWT itu menjadikan Iblis tercengang dan terduduk kaku kerana mendengar dan mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad sangat dikasihi oleh Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan limpah rahmat-Nya.

Manakala selesai Nabi Muhammad SAW bersoal-jawab dengan Maharaja Iblis itu, Baginda pun menghalaunya dengan berkata: Wahai Iblis laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini.

Maka Iblis pun keluar meninggalkan tempat itu membawa diri dengan perasaan kecewa menyelubunginya. Dia tersangat dukacita dengan apa yang berlaku, namun demikian dia tidak akan berhenti daripada menghasut dan menggoda umat Muhammad. Dia tetap dengan pendirian dan azamnya untuk menyesatkan umat Muhammad yang amat dikasihi oleh Allah walaupun harapannya sangat tipis.
--------------------------------------------

Bagaimana pun, janganlah kita merasa bahawa kita selamat daripada disesatkan oleh Iblis, kerana tidak semudah yang disangka untuk mendapatkan kemuliaan di sisi Allah SWT. Sesungguhnya dunia ini dijadikan Tuhan sebagai tempat ujian untuk manusia. Andai kata kita leka dan lalai daripada mengingati Allah, pasti balasan buruklah yang akan kita terima di akhirat kelak.

Begitulah sebahagian daripada persoalan yang paling jelas lagi terang dan nyata mengenai siapakah sebenarnya makhluk Allah yang dinamakan Iblis. Tidak ada satu pun kebaikan yang akan dilakukan oleh Iblis untuk kita sebagai manusia. Kewujudannya semata-mata untuk merosakkan hidup manusia, sementara godaannya menjadi sebahagian daripada ujian ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Kehadhiran Iblis adalah sebagai penghalang untuk kita menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah.

Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh dijadikan alasan ketika berhadapan dengan Allah di akhirat nanti, kerana kita sudah dimaklumkan bahawa Iblis dan syaitan itu adalah perosak dan pengkhianat anak Adam sejak dulu lagi.

Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan kita mesti menjauhinya serta mesti menghindarkan diri daripada menjadi sahabat dan pengikutnya berdasarkan cara dan kesukaannya menggoda dan menyesatkan manusia.

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 7.

BAHAGIAN ini memaparkan empat dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai keberkatan solat Hari Raya, doa akhir tahun, doa awal tahun dan siapa penyokong Iblis . Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.

SOALAN 30.
“Wahai Iblis! Apabila umatku menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau? Dan Tuhanku yang Maha Besar berfirman yang bermaksud: Wahai sekelian Malaikat! Saksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad sama ada lelaki atau perempuan, maka apabila telah selesai daripada mereka menunaikan solat (Hari Raya) dan membaca khutbah, Aku berfirman kepada mereka: Wahai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya telah Aku ampunkan dosa-dosa kamu yang dahulu dan yang kemudian dan sesungguhnya Aku gantikan dosa-dosa kamu dengan kebajikan.”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, apabila umat engkau pergi menunaikan solat Hari Raya, nescaya hamba sangat menanggung azab dukacita dan menyesal. Lantas hamba pun bertempik atau meraung-raung dengan suara yang amat kuat hingga datanglah segala bala tentera hamba sambil mereka bertanya: ‘Wahai raja kami! Siapakah yang tuanku murkakan? Adakah dia datang dari langit atau dari bumi?’

Kemudian hamba pun menjawab: ‘Wahai bala tenteraku, apakah yang menyebabkan aku menanggung dukacita adalah kerana Allah telah mengampuni dosa-dosa umat Nabi Muhammad pada hari raya ini, iaitu dosa-dosa yang dahulu dan dosa-dosa kemudiannya.’

Hamba berkata lagi: ‘Wahai bala tenteraku, tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah telah menerima atau mengabulkan puasa umat Muhammad? Dan Tuhan sangat kasih dan sayang kepada mereka. Dan Tuhan mengasihi mereka dengan rahmatNya serta memperkenankan doa segala sesuatu yang diminta dan juga mengampuni segala kesalahan mereka.’

“Wahai Rasulullah! Setelah itu hamba arahkan bala tentera hamba pergi kepada umatmu untuk menghasut, menggoda dan mengacau mereka supaya mereka malas menunaikan amal ibadat serta menimbulkan rasa bimbang untuk pergi ke sana sini.

“Di semping itu, hamba menyuruh bala tentera hamba menghasut umatmu untuk melakukan maksiat dan dosa serta derhaka kepada Allah. Lalaikan mereka dengan pelbagai kesukaan, permainan judi, minum arak dan berzina. Biarkanlah mereka memuaskan nafsu dengan melakukan pelbagai maksiat hingga datang kemurkaan Allah terhadap mereka dengan didatangkan bala oleh Allah. Dengan turunnya bela bencana itu menimbulkan kesukaan di hatiku yang gundah gulana sekarang ini.”

SOALAN 31.
“Wahai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, jika umat tuan hamba membaca doa akhir tahun dalam masa yang berbaki begitu sedikit, sedangkan hamba bersusah-payah menggoda dan menghasut mereka sepanjang tahun, maka hamba menjadi lemah dan hamba akan mengambil tanah lalu menyapu muka sambil berkata: ‘Aduhai! Celaka dan malangnya diriku dengan kerugian yang amat besar dan kemudian hamba akan pergi jauh meninggalkannya.’

SOALAN 32.
“Wahai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah pula dengan keadaan diri engkau?

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, jika umatmu membaca doa awal tahun dengan penuh hati dan pasrah kepada Allah, maka putuslah harapan hamba kerana barang siapa yang membaca doa awal tahun, Allah akan memerintahkan dua malaikatNya supaya membakar buku catatannya pada tahun itu dan dituliskan padanya kebajikan dan pahala disebabkan keberkatan doa tersebut. Dan hamba juga akan lari meninggalkannya.”

SOALAN 33.
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi penyokong engkau?”

Iblis menjawab:
“ Iaitu orang-orang yang tidak bertaubat daripada dosa yang dilakukannya malah mereka suka ketawa dan gembira ketika melakukan dosa. Wahai Rasulullah, sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai maksiat. Maka pada waktu itu, hamba tersangatlah gembira. Tetapi, jika secara tiba-tiba mereka yang melakukan dosa dan maksiat itu mengucapkan ‘Lailahhaillallah’ dan ‘Astaghfirullahhalazim’, maka binasalah hamba dengan sebab keberkatan ucapan itu.

“Dan amal perbuatan yang menjadi keuntungan besar kepada hamba ialah orang-orang tua dan anak-anak muda yang bersiul, kerana mereka itulah anak buah hamba. Amalan bersiul-siul ini adalah perbuatan hamba semasa dihalau keluar oleh Allah ke dunia sambil mengembara. Dan ketahuilah bahawa orang-orang yang bersiul itu adalah penghibur kepada Iblis dan syaitan.

“Manakala orang-orang yang melaungkan azan itu adalah penghambat Iblis dan syaitan kerana pada waktu itu malaikat-malaikat akan hadhir untuk menunaikan solat bersama-sama dengan mereka.

Bersambung ke Bhg. Akhir.

Jumaat, 13 Ogos 2010

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 6.

BAHAGIAN ini memaparkan enam dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai Iblis menggelapkan hati manusia, yang menggembirakannya, yang menyuburkan dirinya, mengenai kematian ulama’, mengenai solat berjemaah dan mengenai umat yang berselawat kepada Rasulullah SAW . Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.

SOALAN 24
“Wahai Iblis! Dengan sebab apakah engkau menggelapkan hati manusia?”

Iblias menjawab:
“Hati manusia akan menjadi gelap kerana mereka makan dan minum daripada hasil pendapatan yang haram kerana mereka itu gelap mata pada mencari harta yang halal. Di samping itu mereka tidur hingga tinggi hari yang menyebabkan mereka tidak menunaikan solat subuh. Dan juga orang-orang yang memenuhkan perutnya dengan makanan sekenyang-kenyangnya.

SOALAN 25
“Wahai Iblis! Siapakah orang yang menyukakan hati engkau?”

Iblis menjawab:
“Adapun orang-orang yang menyukai hati aku ialah orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada hamba Allah yang daif (memerlukannya) tetapi, zakatnya diberikan kepada orang lain pada hal kaum kerabatnya miskin.

“Dan sesungguhnya orang yang bakhil itu adalah seteru Allah. Manakala orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang terbawah sekali bersama-sama dengan hamba di hari akhirat kelak.”

SOALAN 26
“Wahai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang yang menyihat dan menyuburkan badan hamba ialah orang yang berhasad dengki, orang-orang yang tidak mempelajari peraturan agama dan tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Di samping itu, perempuan-perempuan jahat yang sanggup menggadaikan maruah dirinya sendiri.”

SOALAN 27

“Wahai Iblis! Jika berlakunya kematian seseorang ulama’, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, apabila matinya seseorang ulama’, nescaya akan subur dan bertunaslah pekerjaan dan hasutan hamba. Di samping itu bermaharajalela dan bergembiralah hamba kerana dengan sebab kematian seorang ulama itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Barangsiapa yang berdukacita dan bersedih di atas kematian seorang ulama’ itu, nescaya akan ditulis oleh Allah SWR baginya pahala seribu orang alim dan pahala seribu orang yang mati syahid.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya: Akan datang kepada umatku mereka yang melarikan diri daripada ulama. Dan bagi tiap-tiap orang yang membenci orang yang mengajarkan agama. Allah SWT akan menurunkan bala atas orang itu dengan tiga bala di dunia ini, iaitu:
1) Diangkat keberkatan daripada pencariannya.
2) Didatangkan Allah ke atas mereka itu seorang ketua yang zalim atau pun seorang raja yang zalim.
3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka itu dari dunia ini dengan tiada beriman
.


SOALAN 28
“Wahai Iblis! Jika umatku menunaikan sembahyang berjemaah, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, apabila umatmu menunaikan solat berjemaah, maka sesungguhnya mereka itu telah menghancurkan tipu daya hamba.”

Kemudian Rasulullah bersabda, maksudnya: Wahai sekelian sahabat-sahabatku! Barang siapa yang menunaikan solat lima waktu, nescaya dia akan memperoleh lima perkara, iaitu:
1) Dia tidak akan mengalami kefakiran semasa hidup di dunia ini.
2) Dia tidak akan mendapat siksa kubur selepas kematiannya kerana diangkat oleh Allah SWT.
3) Pada hari akhirat dia akan menerima kitab amalannya pada tangan kanan (pihak yang selamat).
4) Dia akan melalui titian Siratal Mustaqim seperti kilat yang menyambar (pantas).
5) Dia akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah dengan tanpa dihisab dan tanpa disiksa.


SOALAN 29
“Wahai Iblis! Jika umatku membaca selawat ke atas aku, bagaaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, jika terdapat di kalangan umatmu yang berselawat ke atas engkau, nescaya telah membelah mereka itu akan muka hamba kerana dengan berselawat ke atas engkau menandakan mereka itu ingat kepada engkau.”

Bersambung ke Bhg. 7

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 5.

BAHAGIAN ini memaparkan enam dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai sekutu Iblis, tempat tinggalnya, tempat perhimpunannya, kenapa Iblis mengintai-intai ke dalam masjid, puji-pujiannya dan yang jadi kaum kerabatnya. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.

SOALAN 18:
“Wahai Iblis! Siapakah pula yang menjadi sekutu dan sekedudukan dengan engkau?”


Iblis menjawab: “Orang-orang yang menjadi sekutu hamba adalah apabila bertemu seorang lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka pada waktu itu hamba akan mengambil kesempatan dan duduk pada leher permpuan itu, hamba akan hiaskan mukanya dengan senyuman dan jelingan yang menarik hati antara mereka berdua.

“Apabila dipandang pada arah belakangnya nescaya terpandanglah akan lehernya yang halus, pinggangnya dan punggungnya yang bergerak-gerak hingga membangkitkan nafsu yang lelaki.

“Manakala apabila dipandang dari arah depan, maka hamba akan hiaskan pulak dadanya dengan bergerak dua kuntum yang melekat pada dadanya (buah dada). Kemudian hamba akan panah dengan panahan yang paling tepat pada jantung hati keduanya atau salah satu daripada mereka hingga bergerak keinginan nafsu syahawatnya tanpa dapat dikawal lagi.

“Justeru, bermulalah orang yang tidak dapat memelihara hatinya dan kerana itu dia tidak dapat memelihara pula farajnya. Manakala apabila dia tidak dapat memelihara farajnya, maka tiadalah terpelihara imannya.”

SOALAN 19
“Wahai Iblis! Di manakah tempat tinggal engkau?”

Iblis menjawab: “Tempat tinggal aku adalah di rumah-rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila ada orang yang menyembahnya, hamba cenderungkan hati mereka itu supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik itu dan supaya bertambah kuat pegangan mereka pada mensyirikkan Allah.

“Oleh kerana itu, hamba akan menggoda umat manusia supaya menyekutukan Allah dengan seluruh jiwa raga hamba. Sudah berapa ramai umat tuan hamba yang sudah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala lainnya yang mana menunjukkan betapa nipisnya iman dan keyakinan mereka kepada Allah.”

SOALAN 20
“Wahai Iblis! Di manakah tempat yang menjadi perhimpunan engkau?”


Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, tempat yang menjadi kesukaan untuk hamba berhimpun adalah di panggung wayang, pada majlis tari-menari, tempat hiburan dan sebagainya di mana tempat itu merupakan tempat percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Dengan lain perkataan, tempat penganjuran maksiat dan pesta-pesta yang melalaikan.”

SOALAN 21
“Wahai Iblis! Aku melihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau ingin lakukan?”


Iblis menjawab: “Sesungguhnya tujuan hamba adalah untuk merosakkan dan mengganggu orang yang sedang menunaikan solat akan tetapi hamba takut kepada orang yang sedang tidur di situ.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang sedang solat pada hal dia sedang bermunajat kepada Tuhannya dan kenapa engkau takut kepada orang yang sedang tidur di sebelahnya, sedangkan dia berada di dalam lalai dan tidak memandang sesuatu apa pun kerana dia sedang tidur?”

“Sesungguhnya orang yang sedang solat itu adalah seorang yang bodoh dan jahil, manakala orang yang sedang tidur di sebelahnya itu adalah orang alim. Hamba boleh merosakkan solat orang yang sedang solat itu dengan mudah kerana kejahilannya tetapi, hamba takut orang alim itu akan terjaga daripada tidurnya dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh si jahil tersebut.

“Itulah sebabnya hamba mengintai-intai di dalam masjid bagi mencari ruang waktu yang paling sesuai untuk menggoda orang yang menunaikan solat,” jawab Iblis memberi penjelasan.

Penjelasan Iblis itu bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidur orang yang alim itu lebih baik daripada ibadat orang jahil.

Begitu juga dengan kata-kata: Seribu orang jahil yang mengerjakan ibadat kepada Allah amat mudah bagi syaitan untuk menggodanya akan tetapi seorang ahli ibadat yang berilmu amat sukar bagi syaitan untuk mengacau dan menggodanya.

SOALAN 22
“Wahai Iblis! Apakah yang menjadi puji-pujian engkau?”


Iblis menjawab: “Perbuatan yang menjadi puji-pujian aku ialah orang-orang yang menyanyi, berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian yang melalaikan. Akan tetapi, orang-orang yang menyanyi, berpanton seloka, berzanji, berselawat ke atas tuan hamba dan bernasyid dengan tujuan memuji-muji Tuhan yang Maha Esa, bukanlah yang mendapat pujian dari hamba malahan ia menambahkan lagi sakit hati hamba kepadanya.”

SOALAN 23
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi kaum kerabat engkau?”


Iblis menjawab: “Orang yang akan menjadi kaum kerabat hamba ialah orang yang memakan harta anak yatim, menipu dan memiliki harta orang lain dengan jalan yang tidak benar dan orang-orang yang memakan harta riba.”

Bersambung ke Bhg. 6

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 4

BAHAGIAN ini memaparkan sembilan dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai gangguan hubungan suami/isteri, cara menolak tipu daya Iblis, manusia kesukaan Iblis, yang jadi saudara Iblis, cara membinasakan Iblis, yang menyakitkan mata Iblis, yang merantai Iblis, umat yang mengucap salam dan sahabat Iblis. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.


SOALAN 9:
“Wahai Iblis laknatullah! Apakah keadaan dengan dirimu jika umatku bersatu dengan ahlinya (isterinya)?”

Jawab Iblis:
“Jika seseorang yang hendak bersetubuh atau berjimak dengan isterinya, kemudian dia membaca doa bersetubuh, maka akan larilah hamba daripadanya kerana doa itu. Hamba amat takut kepada orang yang berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah.

“Andai kata dia tidak berdoa sebelum bersetubuh, maka hambalah yang mendahului bersetubuh dengan isterinya itu. Maka akan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Sekiranya si isteri mengandung, pasti akan melahirkan anak yang suka kepada maksiat dan cenderung untuk melakukan kejahatan serta kemungkaran sebagaimana perangai hamba.

“Zuriat yang akan dilahirkan itu adalah bercampr dengan benih hamba dan mereka apabila hidup di dunia ini akan menjadi bala tentera hamba yang merosakkan kehidupan manusia lain. Di samping itu dia tidak akan suka melakukan amal soleh dan menjauhkan diri daripada melakukan amal kebanjikan.

“Demikian jugalah jika seseorang itu tidak membaca ‘Bismillah-hirrahman-nirrahim’ ketika mahu makan dan minum. Nescaya hambalah yang mendahului meminum dan memakan sebelum dia. Jika dia makan dan minum selepas hamba, makanan itu tidak dapat mengenyangkannya.

SOALAN 10:
“Wahai Iblis! Beritahulah aku dengan apa carakah dapat menjauhkan diri dan menolak tipu daya engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Nabi Allah, ketahuilah bahawa jika seseorang itu berbuat sesuatu dosa dan kejahatan dan dia segera kembali memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadanya, menangis serta kesal, insaf akan segala perbuatannya, pasti hamba akan bersedih dan tidak dapat menggodanya. Dan apabila dia berada di dalam keadaan marah, lalu ia segera mengambil wudhuk, nescaya akan padamlah marahnya.

“Barang siapa yang membaca doa selepas solat Jumaat sebanyak lima kali, pasti Allah akan mengampunkan dosanya kerana dia telah bertaubat.”

SOALAN 11:
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi terlebih kesukaan kepada engkau?

Jawab Iblis:
“Orang yang menjadi kesukaan aku adalah apabila seseorang, sama ada lelaki atau perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ari-arinya yang sudah sampai empat puluh hari lamanya, nescaya hamba akan duduk mengecilkan diri seperti pijat-pijat bersarang di situ. Selain itu, tempat hamba bergantung dan berbuai-buai adalah pada bulu ketiak orang yang tidak mencukur atau mencabutnya.

SOALAN 12:
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi saudara engkau?

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, orang yang menjadi saudara aku adalah mereka yang tidur meniarap. Dan mereka yang apabila terjaga pada waktu subuh tidak bangun menunaikan solat sebuh. Hamba akan ulit dia agar dia terus lena semula dan akan terjaga bila terbit fajar.

“Demikian jugalah halnya dengan waktu zohor, asar, maghrib dan isyak. Hamba akan memberatkan hati mereka menjadi malas untuk mengerjakannya.

SOALAN 13:
“Wahai Iblis! Dengan apa carakah untuk membinasakan engkau?”

Jawab Iblis:
“Perbuatan yang dapat membinasakan aku ialah orang yang duduk di dalam masjid dengan ikhlas kerana Allah dan beriktikaf di dalamnya.”

SOALAN 14:
“Wahai Iblis! Apakah lagi yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis:
“Iaitu orang yang taat kepada ibu bapanya dan mendengar kata-kata keduanya. Mereka yang membantu ibu bapanya dari segi menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal kerana tuan hamba telah bersabda: Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Oleh yang demikian taat kepada ibu bapa itu amat menyakitkan mata hamba kerana ketaatan itu bertentangan dengan sifat derhaka.”

SOALAN 15:
“Wahai Iblis! Apakah yang merantai engkau?

Jawab Iblis:
“ Orang-orang yang berniaga dengan betul dalam sukatannya, timbangannya, ukurannya dan tukarannya.”

SOALAN 16:
“Wahai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, bagaimana pula dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Apabila bertemu antara dua orang umatmu di tengah perjalanan lalu memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya, nescaya dada hamba seolah-olah pecah rasanya. Kemudian hamba akan meratap kerana kedua-duanya mendapat keampunan Allah apabila mereka berpisah.”

SOALAN 17:
“Wahai Iblis! Siapakah pula sahabat yang paling hampir dengan engkau?”

Iblis menjawab:
“Orang yang paling rapat dengan aku adalah mereka yang suka meminum arak atau tuak atau candu apa saja yang memabukkan, kerana bahayanya boleh membawa kepada pecah-belah, perkelahian dan perceraian.

Bersambong ke Bhg. 5

Khamis, 12 Ogos 2010

Kaum Imigran Cina Tunjuk Kuat: ENGKAR BERI KERJASAMA PADA PEMBANCI

KAUM imigran Cina di negara ini nampaknya mula menunjukkan kekuatan mereka menentang kerajaan. Penentangan mereka bukan sahaja semasa pilihan raya umum atau kecil tetapi, mereka menentang apa juga usaha kerajaan merancang pembangunan negara. Kepada mereka kerajaan yang ada (BN) adalah kerajaan orang Melayu. Mereka mahukan kerajaan pimpinan kaum Cina sepenuhnya seperti Penang.

Mungkin atas sikap itulah mereka tidak mahu memberikan kerjasama kepada gerakan ‘Banci Penduduk dan Perumahan 2010’ yang sedang dijalankan Jabatan Perangkawan Malaysia.

Kenyataan Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof, seperti yang diberikan Bernama, menyebutkan bahawa sikap masyarakat khususnya masyarakat Cina menjadi cabaran utama kepada pembanci menjalankan tugas. Kebanyakan mereka mengatakan mereka hanya tahu berbahasa Mandarin.

Wajarkan kaum imigran Cina yang jadi warganegara itu hanya tahu berbahasa mandarin? Apakah mereka mahu mengatakan bahawa negara ini adalah milik kaum imigran Cina, maka segala urusan dan persuratan hendaklah dibuat dalam bahasa Cina atau Mandarin?

Agaknya, kalau pegawai banci tu datang ke rumah-rumah kaum imigran Cina untuk diberikan harta atau tanah atau rumah kepada mereka, ketika itu tahu ke tidak mereka bahasa Melayu? Kalau tak percaya cuba buat. Sediakan borang dalam tulisan jawi pun mereka akan isi, inikan pulak dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Kurang hajar punya bangsa....

Nampaknya kaum imigran Cina di negara ini dah mula besar kepala. Secara terang-terangan mereka telah menunjukkan sikap ‘kurang hajar’ mereka terhadap orang Melayu dan kerajaan. Mereka mahu cari makan dan tinggal di negara milik asal Melayu ini tetapi, mereka tidak mahu mengikut perintah atau peraturan. Mereka mahu jadi warganegara tetapi, mereka engkar dan bongkak.

Lupakah mereka bahawa kewargenegaraan mereka adalah bermula daripada datuk nenek mereka yang jadi warganegara secara berdaftar sebagai warga British di Malaya sebelum 1957? Mereka bukan jadi warganegara secara otomatik. Mereka adalah kaum mendatang asalnya. Taraf mereka tak sama dengan orang Melayu.

Kalau tak suka dan benci dengan bangsa Melayu pergi le cari negara lain. Australia ke, Singapore ke, Amerika ke, atau mana-mana sahaja negara di dunia ini yang lebih baik dari Tanah Melayu ini.

Kalau dah sampai 70% kaum imigran Cina negara ini tidak mahu memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai banci, apakah itu tidak bermakna bahawa seramai 70% rakyat keturunan Cina di negara ini menentang kerajaan? Tidak cukupkah lagi ini sebagai bukti? Apa lagi yang diharap kepada warganegara yang engkar seperti itu?

Gelaran apa yang patut orang Melayu labelkan kepada kaum ini? Penderhaka? Pengkhianat? Dan berfahaman apa pulak kaum ini? Sosialis? Komunis? Zionis? Atau apa?

Kalau Allah swt mengenakan hukuman rejam ke dalam neraka terhadap umat manusia ciptaanNya yang engkar (kafir), bagaimana pula dengan kaum imigran Cina yang berlagak bagaikan Yahudi di negara ini? Jangan biarkan nasi jadi bubur.... Sedang bernama nasi boleh lagi diadun. Kalau dah jadi bubur, ke longkang le jawabnya....

Entahlah.... Malas nak tulis panjang.... Buat naik darah aje.

Ingatkan tak mahu tulis persoalan seperti ini sepanjang bulan Ramadhan. Tapi dek kerana darah naik panas membaca berita tersebut.... Tertulis le pulak jadinya....

Pak Sulung: Berharap pihak kerajaan bertindak tegas terhadap kaum ini. Mereka dah melampau dan semakin menunjuk lagak. Seolah-olah mencabar pihak berkuasa kerajaan. Apa kerajaan boleh buat? Mereka dah kuat dan mereka dah pegang ekonomi. Lagi pun pihak BN mereka anggap sangat mengahrapkan sokongan mereka untuk PRU akan datang. Inilah masanya mereka tunjuk lagak dan demand selagi mahu. Di masa sama mereka mahu tunjukkan bahawa kaum imigran Cina tidak akan sokong BN. Bye... bye... MCA, bye... bye... GERAKAN.

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 3

BAHAGIAN ini memaparkan lima dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai keutamaan Iblis menipu manusia, cara Iblis menganggu umat yang bersolat, keadaan Iblis apabila umat Islam membaca al-Quraan, mengenai manusia yang menyegarkan Iblis dan rahsia Iblis menngotorkan jasad manusia. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.

SOALAN 4:
“Wahai Iblis! Apakah yang menjadi keutamaan engkau dalam menipu manusia?”

Iblis menjawab: “Perkara yang menjadi keutamaan hamba dalam menipu umat mansuia ialah hamba akan palingkan imannya supaya mereka berpegang kepada ajaran yang salah dan menjadi kafir, sama ada melalui perkataan, hati, perbuatan dan tingkah laku mereka.

“Andai kata hamba tidak berjaya untuk berbuat demikian, maka hamba akan menggoda pula kepada jalan yang boleh mengurangkan pahala atas amalan mereka dan lama kelamaan mereka akhirnya akan terjerumus juga kepada kesesatan. Pasti mereka akan menurut kehendak hamba.

SOALAN 5:
“Wahai Iblis! Bagaimanakah keadaan engkau apabila umatku menunaikan solat?”

Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya masa itulah sebesar-besar kesusahan bagi aku. Gementerlah seluruh badan hamba dan lemahlah segala tulang sendi hamba. Sungguh pun begitu keadaan hamba, hamba tetap tidak berputus asa.

“Lalu hamba mengarahkan sekelian syaitan supaya menggoda orang yang hendak menunaikan solat. Setiap seorang manusia itu diawasi dan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan bagi melalaikan mereka menunaikan solat. Dan jika gagal juga melekukannya, mereka akan diganggu ketika solat dengan menimbulkan perasaan was-was di dalam hati.

“Syaitan akan bergantung dan berpaut pada anggota, supaya merasa malas untuk mengerjakan solat. Ada pula yang masuk dan tinggal di dalam hati untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dan was-was. Ada pula yang bergantung pada kelopak mata supaya mereka mengantuk dan ada setengahnya pula menganggu akal fikiran supaya leka dan lalai.

“Ada juga dikalangan mereka cuba sedaya upaya menimbulkan perasaan ragu-ragu tentang rakaat solat dan menimbulkan perasaan bimbang pada urusan dunia hingga menimbulkan rasa tergesa-gesa untuk menamatkan solat. Maksudnya, mereka akan melakukan solat dengan cepat hingga membaca ayat al-Quraan secara sambil lewa tanpa mengira hukum tajwid, tidak ada tomakninah semasa rukuk dan sujud. Dan juga tidak sempat berdoa selepas solat, sedangkan itulah masa yang terbaik untuk memohon keampunan, taufik dan hidayah daripada Allah.

“Di samping itu, ada di kalangan syaitan akan masuk ke dalam mata anak Adam yang sedang solat supaya tidak khusyuk, hilang roh solatnya, tidak hadhir hatinya dalam solat kerana orang yang sedang solat jika matanya memandang dan berpaling ke kiri dan kanan, atas dan bawah, maka tidaklah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya.

“Selain itu, ada pula syaitan yang akan masuk ke dalam telinga orang sedang solat supaya mereka mendengar orang bercakap atau bunyi-bunyian. Maka akan terganggulah juga khusyuk solatnya.

SOALAN 6:
“Wahai Iblis! Bagaimanakah perasaan engkau jika umatku membaca al-Quran dengan ikhlas semata-mata kerana Allah?”

Jawab Iblis: “Sesungguhnya apabila umatmu membaca al-Quran dengan ikhlas, semata-mata kerana Allah, nescaya hamba merasakan tubuh hamba seolah-olah terbakar dan bagaikan putus segala urat saraf pada jasad hamba. Maka larilah hamba sejauh mata memandang, kerana terlalu panas.

SOALAN 7:
“Wahai Iblis laknatullah! Siapakah yang akan mencahayakan muka engkau?”

Jawab Iblis: “Muka aku bercahaya dengan orang-orang yang melakukan dosa, orang-orang yang bersumpah palsu, orang-orang yang bersaksi palsu dan orang-orang yang mengingkari janji yang sudah dibuatnya.

SOALAN 8:
“Wahai Iblis! Apakah pula rahsia engkau terhadap umatku?”

Jawab Iblis: Yang menjadi rahsia yang paling besar bagi aku ialah apabila seseorang Muslim itu hendak pergi membuang air besar (ke tandas) tidak membaca doa pelindung daripada gangguan syaitan, nescaya hamba akan gosokkan ke seluruh anggota badannya dengan najis itu tanpa disedari olehnya.

Bersambung ke bhg. 4

Rabu, 11 Ogos 2010

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 2

SOALAN 3:
“Wahai Iblis, mengapakah engkau bersusah payah dan berpenat lelah kepada pekerjaan yang tidak memberi faedah pada dirimu, bahkan menambahkan lagi laknat atas dirimu dengan sebesar-besar siksa di dalam neraka yang terbawah sekali?
“Wahai Iblis laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang memanjangkan umur engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang menberi pendengaran kepada engkau? Siapakah yang menjadikan kuat pada anggota engkau?”


Iblis menjawab: “Adalah sekelian itu anugerah daripada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Esa. Oleh kerana sifat takbur, dengki dan khianat, menyebabkan hamba terjebak dengan sebesar-besar kejahatan bahkan bapa kepada segala maksiat dan kesesatan di atas muka bumi ini. Tidak ada manusia yang boleh mengatasi kejahatan dan kederhakaan yang hamba telah lakukan.

“Sesungguhnya tuan hamba juga mengetahui bahawa hamba beribu-ribu tahun lamanya menjadi ketua kepada segala malaikat, taat beribadat, sujud kepada Allah yang Maha Esa dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit ke satu langit dengan aman, kemudian hamba tinggal di dunia ini mengerjakan amal ibadat.

“Dan hamba bersama sekelian malaikat berkhidmat kepada Allah beberapa lama hinggalah pada suatu masa Allah berfirman kepada hamba sekelian bahawa Dia akan menjadikan seorang khalifah di dunia ini. Lantas hamba membantah kerana tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Namun demikian, Allah tetap menjadikan seorang lelaki yang bergelar Adam. Kemudian Allah memerintahkan semua malaikat sujud (memberi hormat) kepadanya. Semua malaikat taat kepada perintah Allah itu kecuali diri hamba yang mengingkarinya. Hamba ingkar dan tidak mahu sujud bahkan hamba membanggakan diri kerana merasa diri hamba lebih mulia daripadanya. Justeru, hamba menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah. Kemudian hamba menjadi makhluk yang dilaknati hinggalah hari kiamat.

“Di samping itu, perkara yang amat menyeksakan bagi hamba ialah muka hamba yang dulunya bersih, bercahaya dan cantik sudah berubah menjadi hodoh dan keji. Lantaran itu bertambah sakitlah hati hamba kepadanya. Hamba menyimpan perasaan dendam kepada Adam. Dan hamba berjanji akan menggoda dan menghasutnya nanti.

“Setelah Adam diciptakan, Allah pun mengangkatnya menjadi khalifah dan raja di dalam syurga. Sesudah itu Allah menciptakan Hawa sebagai isteri kepada Adam. Hawa menjadi permaisuri dan menjadi ketua kepada sekelian bidadari. Adam dan Hawa hidup dalam keadaan gembira sepanjang masa.

“Oleh kerana itu, semakin bertambahlah dengki hamba dan dendam pun semakin membara. Akhirnya hamba dapat memperdayakan Hawa supaya memujuk Adam memakan buah ‘khuldi’ yang menjadi larangan Allah. Malahan Allah melarang mereka menghampiri pokok berkenaan.

“Kerana itu, mereka berdua dihalau dari syurga ke dunia kerana melanggar perintah Allah. Mereka terpisah buat sekian lama dan akhirnya dipertemukan semula oleh Allah. Kemudian mereka berdua menjalani kehidupan di dunia ini sehinggalah dikurniakan dengan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan.

“Sesudah itu, hamba hasut pula anak Adam bernama Qabil supaya membunuh abangnya yang bernama Habil. Lalau Habil dibunuh oleh Qabil kerana berebutkan perempuan. Inilah pembunuhan manusia pertama yang berlaku di muka bumi ini. Hamba masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku. Segala usaha hamba merosakkan anak Adam tidak akan berhenti hinggalah hari kiamat menjelang.

“Namun demikian, tuan hamba adalah penghalang kepada usaha jahat hamba. Tuan hamba mengajak manusia supaya kembali kepada kebenaran, sedangkan hamba menghasut manusia ke arah kejahatan. Tuan hamba mengajak manusia menyembah Allah dan mengabdikan diri kepadaNya, sedangkan hamba mengajak manusia supaya ingkar kepada perintah Allah.

“Sesungguhnya, sebelum tuan hamba dilahirkan ke dunia ini, hamba dan bala tentera boleh bergerak bebas naik ke langit dan dengan mudahnya mencuri segala rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia supaya mengerjakan ibadat kepada Allah yang kemudiannya akan mendapat balasan pahala dan syurga. Begitu juga mereka yang beribadat pada waktu tengah malam, akan mendapat setinggi-tinggi pahala.

“Lantaran itu, apabila hamba dan bala tentera hamba turun ke dunia ini akan dikhabarkan kepada manusia perkara yang bersalahan daripada apa yang hamba lihat, dengan tipu daya hamba hingga mereka tersasar serta berpegang pada kitab-kitab yang bidaah.

“Tetapi apabila tuan hamba dilahirkan ke dunia ini, hamba dan bala tentera tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit lagi. Oleh kerana itu, hamba tidak dapat lagi mencuri rahsia umat engkau kerana ramai di kalangan malaikat yang ditugaskan menjaga pintu-pintu di setiap lapisan langit. Dan jika hamba dan bala tentera hamba berkeras juga untuk naik, kami akan dipanah oleh malaikat dengan api yang bernyala-nyala.

“Sudah ramai bala tentera hamba yang terdiri daripada jin dan syaitan terkena panahan malaikat lalu terbakar dan lebur menjadi abu. Justeru, hamba mengalami masalah besar untuk menghasut dan menggoda umat engkau. Tambahan pula engkau memiliki mukjizat yang besar, iaitu al-Quraan.

Bersambung ke bhg. 3


DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

Sambungan dari Iblis Diperintah menghadap Rasulullah

RASULULLAH SAW pun bersedia mengemukakan soalan dengan diperhati dan disaksikan oleh para sahabat yang ada bersama Baginda ketika itu. Keseluruhannya sebayak 34 soalan telah ditanyakan kepada Iblis oleh Rasulullah saw:

SOALAN 1.
“Wahai Iblis, siapakah yang menjadi sebesar-besar seteru engkau dan apa pandangan engkau terhadap aku?”

Jawab Iblis: “Tuan hamba adalah yang terlebih besar daripada seteru hamba yang terdapat di atas muka bumi ini.”

Mendengarkan jawapan itu, Nabi memandang tepat ke muka Iblis. Iblis jadi gementar kerana ketakutan. Kemudian Iblis berkata lagi: “Ya Khatamil ambia’ wal mursalin, sesungguhnya hamba dapat menyerupai sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lain makhluk di muka bumi ini hinggakan suara pun tidak bersalahan.

“Namun demikian disebabkan ketinggian darjat tuan hamba, hamba tidak dapat menyerupai sifat tuan hamba kerana di tegah dan dilarang Allah. Sekiranya hamba berbuat demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu.

“Tugas hamba, menggoda dan mencabut iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir serta derhaka kepada Allah kerana dengan sebab tuan hamba yang bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan nasihat kepada umat manusia dengan memasukkan beberapa pengajaran supaya mereka berpegang teguh kepada agama Islam.

“Oleh itu hamba bersungguh-sungguh pula menarik mereka kepada kekafiran, murtad dan munafik. Hamba akan menarik sekelian umat manusia yang beragama Islam supaya meninggalkan jalan lurus beralih kepada jalan yang salah. Dan hamba berharap agar mereka masuk ke dalam neraka bersama hamba dan kekal di dalamnya. Hamba juga akan menggoda orang kafir supaya kekal dengan kekafiran mereka dan menggoda orang Islam supaya menjadi kafir dan derhaka kepada Allah.”

SOALAN 2.
“Wahai Iblis, bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah?”

Jawab Iblis: “Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya satu kemajuan kepadaku apabila perempuan-perempuan merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki-lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya pula berbuat demikian hingga mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.

“Dan ketahuilah bahawa hamba juga akan menggoda sekelian manusia supaya meninggalkan solat, leka dengan makan minum dan berbuat derhaka. Dan sesetengahnya pula hamba lalaikan dengan harta benda yang terdiri daripada emas, perak, rumah dan kebun ladang supaya hasilnya dibelanjakan pada pekerjaan yang diharamkan.

Seterusnya Iblis berkata: “Ketahuilah bahawa telah ramai lelaki dan perempuan yang terpesong iman mereka dan kemudian hamba kerahkan segala bala tentera hamba yang terdiri daripada jin, Iblis dan syaitan supaya menarik mereka itu kepada jalan kesesatan dan kebatilan.

“Demikian juga semasa mereka berada di dalam majlis temasya dan hiburan yang bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Maka di situlah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah mereka hingga mereka sanggup meminum arak dan mengajak rakannya minum sama. Apabila mereka meminumnya, maka hilanglah kewarasan akal fikirannya serta hilanglah malunya. Kemudian hamba hulurkan tali kasih, cinta dan ghairah hingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar. Timbullah perasaan hasad dengki, perzinaan dan sebagainya. Dan apabila mereka sedar akan kesalahan, dosa dan maksiat yang telah mereka lakukan, lalu ingin bertaubat kepada Allah dan ingin melakukan ibadat, nescaya akan hamba halang dengan apa cara sekali pun supaya mereka bertangguh-tangguh untuk melakukan amal kebaikan dan kebajikan.

“Di samping itu hamba akan menggoda dengan lebih hebat lagi supaya melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah, bahkan hamba akan menggoda supaya mereka mengambil isteri orang untuk melakukan perbuatan terkutuk.

“Sudah ramai di kalangan umat tuan hamba yang hamba sesatkan melalui jalan ini. Hamba akan perintahkan dari kalangan jin, syaitan dan Iblis menggoda serta menghasut manusia hingga mereka masuk ke dalam badan dan darah serta seluruh anggota mereka.

“Apabila mereka hasut bahagian hati, akan sentiasalah mereka bersifat riak, takbur, sombong dan membanggakan diri. Mereka merasa hairan akan diri mereka sendiri dan bertangguh-tangguh untuk melakukan amal ibadat.

“Dan apabila dihasut pada lidahnya, mereka akan sentiasa gemar berdusta, mencela, mencaci antara satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka siang dan malam, pagi dan petang tanpa jemu dan berputus asa.”

Bersambung ke bhg 2....

IBLIS DIPERINTAH MENGHADAP RASULULLAH

DI RIWAYATKAN bahawa Allah swt telah menyuruh malaikat pergi berjumpa dengan Iblis dan memerintahkannya supaya berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk menceritakan kepada baginda segala rahsia yang disukainya dan juga yang dibencinya.

Hikmah disebalik memerintahkan Iblis berbuat demikian kerana: Membesarkan kedudukan dan ketinggian Nabi Muhammad SAW. Untuk menjadi perisai dan peringatan kepada sekalian umat Nabi Muhammad tentang perangai Iblis dan amalan yang menjadi kesukaannya. Dan supaya Iblis memuliakan Nabi Muhammad SAW dan menerangkan segala rahsianya.

Maka malaikat pun datang berjumpa Iblis dan menyampaikan perintah Allah swt: “Wahai Iblis! Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar memerintahkan kamu supaya pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan kamu membukakan segala rahsia yang ada pada diri kamu serta apa-apa yang ditanya oleh Rasulullah hendaklah kamu jawab dengan sebenarnya. Jika kamu berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya akan diputuskan segala sendi-sendi anggotamu dan segala uratmu dan juga pasti nanti engkau akan disiksa dengan azab yang amat pedih.

Apabila Iblis mendengar kata-kata malaikat itu, dia sangat takut. Lantas terus pergi berjumpa dengan Rasulullah. Semasa berjumpa Iblis menyerupai seorang orang tua yang matanya buta sebelah, berjanggut putih sebanyak sepuluh helai dan panjang seperti ekor lembu.

Lalu Iblis memberi salam hingga tiga kali kepada Rasulullah tetapi, tidak dijawab oleh baginda. Kemudian Iblis berkata: “Mengapa tuan hamba tidak menjawab salam hamba? Tidakkah tuan hamba tahu bahawa salam itu sangat mulia di sisi Allah?”

Lalau dijawab oleh Rasulullah: “Wahai Iblis! Musuh Allah dan musuh orang beriman, kepada akukah engkau menunjukkan mukamu? Berpatutanlah muka engkau seperti itu. Engkau hendak menipu aku sebagaimana engkau telah menipu Nabi Adam keluar dari syurga. Habil mati teraniaya kerana dibunuh oleh Qabil.

“Nabi Allah Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud dalam solatnya hingga dia menanggung penderitaan beberapa lama atas perbuatan kamu yang jahat dan khianat itu. Dan kisah nabi Daud dengan perempuan Urya. Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupai isterinya lalu engkau melarikan cincinnya. Demikian juga dengan beberapa orang pendita-pendita yang telah menanggung azab sengsara oleh kerana perbuatan yang jahat.

“Wahai Iblis! Sesungguhnya salam itu amat mulia di sisi Allah. Namun demikian hanya salam engkau itu sahaja aku tidak ingin menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Allah dan engkau kena laknat serta sudah ditentukan engkau dalam neraka yang sangat keras menyiksa kamu. Sesungguhnya aku kenal benar bahawa Iblis adalah raja segala syaitan yang menyamarkan diri.”

Kemudian Rasulullah bertanya: “Apakah kehendak engkau datang berjumpa denganku?”

Mendengarkan penjelasan Rasulullah, Iblis termangu dan termenung seketika. Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah! Janganlah tuan hamba marah kepada hamba. Demi sesungguhnya tuan hamba adalah penutup segala Nabi dan Rasul dan kekasih Allah swt. Justeru, tuan hamba dapat mengenali hamba.

“Wahai Rasulullah! Kedatangan hamba berjumpa tuan hamba adalah dengan izin dan perintah Allah yang mengutuskan malaikatNya berjumpa hamba dan menyampaikan perintah Allah supaya hamba berjumpa dengan tuan hamba yang mulia. Sesungguhnya hamba diperintahkan supaya menjawab segala pertanyaan yang berkaitan dengan umat tuan hamba.

“Dan hamba bersedia untuk menjawab segala soalan secara terus terang daripada segala tipu daya hamba atas sekelian manusia sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman yang terkemudian daripada tuan hamba. Sesungguhnya hamba akan menggoda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang menyesatkan supaya mereka semua binasa oleh tipu daya hamba yang amat halus dan licin.

“Wahai Nabi Allah, setiap soalan yang tuan hamba kemukakan pasti hamba bersedia menjawabnya dan hamba mengaku untuk berterus terang. Dan ketahuilah bahawa hamba tidak berani untuk menyembunyikan segala sesuatu daripada diketahui oleh tuan hamba.”

Lantas Iblis bersumpah dengan nama Allah, katanya: “Wahai Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta atau berbohong walau sepatah kata sekali pun, nescaya akan hancur leburlah diri hamba terbakar hingga jadi abu.”

Mendengarkan sumpah dan penjelasan Iblis itu, Rasulullah berasa gembira dan tersenyum. Inilah peluang terbaik untuk baginda mengetahui segala rahsia Iblis. Bagaimana cara dia menggoda manusia dan dapat pula didengar oleh sekelian sahabatnya yang hadhir dalam majlis itu. Dan supaya ianya menjadi senjata dan perisai kepada sekelian umat baginda di kemudian hari.

Bersambung dgn tajuk: DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

Selasa, 10 Ogos 2010

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: BUNUH DIRI BOLEH BERTUKAR KPD DIBUNUH?

TENGAHARI tadi, penulis keluar makan bersama seorang kenalan yang kerjayanya sebagai seorang pengamal undang-undang. Dia seorang peguam yang punyai perniagaan guamannya sendiri. Penulis sangat ingin berjumpanya untuk berbual kosong mengenai Inkues Teoh Beng Hock (TBH) yang mula panas semula setelah ada bukti baru dikemukakan.

Pendek kata, perbualan kami banyak berkisar mengenai inkues tersebut dan saya bertanyakan pandangannya mengenai kesudahan kes itu nanti. Penulis bertanya kepadanya kerana beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Majestret. Agak lama jugak. Lebih sepuluh tahun.

Dari apa yang penulis faham, peguam itu memberikan pandangan bahawa akhirnya nanti ada kemungkinan kes akan bertukar dari ‘mati membunuh diri kepada mati dibunuh’.

“Pulak. Macam mana boleh jadi macam tu?” tanya penulis.

Jelasnya, surat tulisan cina yang baru dikemukakan itu mungkin boleh diterima dan mungkin juga boleh ditolak kerana timbul keraguan dari segi kesahihannya.

Jika diterima, bererti TBH terbunuh kerana membunuh diri. Kalau ditolak, maka TBH mati kerana dibunuh. Siapa pembunuh akan ditentukan oleh satu kes lain yang akan dibicarakan di mahkamah. Sama ada kakitangan SPRM atau ada orang lain. Terpulang kepada siasatan polis dan bukti oleh pihak pendakwaan nanti.

Mencelah penjelasannya, penulis bangkitkan beberapa bukti dan andaian yang tersiar dalam banyak blog sebelum ini dan lebih hebat lagi setelah timbul bukti baru berkenaan. Kaitan dengan pihak tertentu yang mahu menutup terbongkarnya salahlaku dan salahguna kuasa Exco tertentu dalam Kerajaan Selangor, boleh diterima masyarakat umum.

“Itu adalah menjadi tugas pihak SPRM dan polis untuk menjalankan siasatan lanjut. Saya percaya mereka dah buat kerja secukupnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” jelasnya.

“Patut le ade yang kata pemimpin tertentu dalam kerajaan pakatan Selangor mula panas bontot dengan kes ini. Rupa-rupanya hasrat memerangkap SPRM bertukar jadi kes bunuh pulak,” balas penulis.

Sahabat itu hanya gelak sahaja tanpa berkata apa-apa.

Sama-samalah kita semua tunggukan kesudahan kepada kes ini. Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil. Wallahhualam....

Pak Sulung: Tak berani sangat nak tulis kerana kes ini masih berjalan. Tungggguuuuu....! Mari kita lihat siapa yang kenaaaa....!

Janji Yang Membawa Akibat: PAS LEBIH TAKUTKAN DAP DARIPADA ALLAH SWT?

INSYAALLAH.... esok umat Islam di negara ini akan mula menyambut kadatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dengan amalan berpuasa. Bulan yang dijanjikan Allah swt sebagai bulan penuh kerahmatan untuk umat Islam yang beramal soleh. Setiap umat Islam ada peranan dan tugas masing-masing dalam melakukan amal soleh di bulan mulia ini. Pemimpin dengan kepimpinannya dan individu dengan tangungjawab individunya.

Memahami prinsip ini, tergerak di hati penulis untuk bertanya kepada para pemimpin Pas, terutama tokoh Pas Selangor – Dato’ Hassan Ali, mengenai cabaran Dato’ Noh Omar yang menggesa Pas Selangor mengeluarkan arahan supaya semua rumah urut, pusat perjudian, kelab hiburan dan tempat menjual arak menutup perniagaan mereka sepanjang bulan Ramadhan ini.

“Sebulan Ramadhan ini pun cukuplah. Tak payah tutup terus sebagaimana yang pernah dijanjikan semasa kempen PRU-12 lalu,” kata Dato’ Noh semasa berceramah di Gerakan SSDE di Kg. Jalan Kebun, Klang, malam Ahad lalu.

“Tutuplah selama sebulan puasa ini jika benar-benar Pas memperjuangkan Islam,” tambahnya.

Ye tak ye jugak! Dulu Pas pernah janji akan tutup semua kilang arak yang ada di Selangor jika pakatan berkuasa. Tapi hingga ke hari ini – dah lebih dua tahun berkuasa, tidak ada pun janji itu dilaksanakan. Yang ada hanyalah Khalid Samad pergi lawat kilang arak di Bati Tiga, Shah Alam. Tutupnya tidak, tapi pergi melawat pulak ke kilang berkenaan menjelang bulan Ramadhan. Kenapa ekkk...?

Oh...! kata juak-juak Pas, kenapa BN tidak arahkan tutup semua premis maksiat di negeri-negeri yang BN kuasai?

Punya le baghal.... BN tidak pernah berjanji untuk tutup premis berkenaan. Apa lagi berjanji semasa kempen pilihan raya. Untuk tipu umat Islam supaya beri undi. Kita suruh Pas bertindak begitu kerana Pas yang buat janji berdegar-degar semasa kempen PRU dahulu. Itu aje.... Ada faham....? Cukup dan jangan le terlalu lama nak perbodohkan orang Melayu. Sendiri yang bsghal, jangan ajak orang lain ikut sama jadi baghal. Cukup.... cukup.... dan cukup....

Rakyat Melayu/Islam di negara ini, khasnya di Selangor sangat arif dan faham selok-belok pentadbiran peringkat negara dan juga negeri. Yang meluluskan dan berkuasa menutup atau memberi lesen kepada premis maksiat berkenaan adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Buklan Polis dan bukan juga Majlis Agama Islam Negeri.

Dalam hal di Selangor, Exco yang menjaga PBT ialah Ronnie Liu, ADUN Pendamaran. Beliau ini sednag panas dengan isu-isu jenayah yang sedang terdedah satu demi satu dalam partinya – DAP. Dan semua rakyat Selangor tahu, Exco inilah yang merencanakan kelulusan premis maksiat di Selangor yang berkembang biak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Exco ini jugalah yang mempertahankan penjualan arak secara terbuka di premis 7-eleven di Shah Alam hingga menjadi isu menyebabkan Hassan Ali dan Pas Selangor terkantoi.

Bukan sahaja Pas Selangor, hinggakan Nik Aziz dan Hadi Awang pun terkantoi sama. Masih ingatkah anda semua?

Sekarang Pas Selangor, khasnya Hassan Ali selaku Exco yang bertanggungjawab mengenai agama Islam dicabar supaya beertindak mengotakan sebahagian dari janji PRU dahulu. Maksud sebahagian ialah tutup sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Tak payahlah tutup terus.

Soalnya sekarang, beranikan Hassan Ali bertindak sedemikian? Beranikah dia menyusahkan Ronnie Liu yang bertanggungjawab menjaga dan memebela kaum imigran cinanya dalam usaha membanyakkan premis maksiat di negeri Selangor?

Kalau dulu Hassan Ali terkencing dalam seluar bila ditengking oleh Ronnie Liu pasal isu arak, sanggupkan Hassan berdepan Tok Dalang kerajaan pakatan Selangor itu sekali lagi?

Yang pasti, seluruh rakyat Selangor tahu bahawa Dato’ Hassan Ali, pakar motivasi yang tersohor itu tidak akan berani berkata sesuatu, menyanggah kepentingan kaum imigran cina dalam DAP.

Kenapa? Tak lain tak bukan kerana kuasa memerintah Selangor melalui pakatan. Jika DAP marah, kalau tak arwah pun, DAP akan keluar pakatan. Jika DAP keluar pakatan, kerajaan Selangor yang ada sekarang goyang. Tanpa sokongan DAP, Pas dan PKR tak tahu nak tadbir negeri.

Kesimpulannya, Pas kahsnya Pas Selangor, lebih takutkan pemimpin DAP daripada Maha Pencipta Alam ini serta diri mereka sendiri, iaitu Allah swt.

Wallahhualam....

Pak Sulung: Sedang menunggu siapa pemimpin Melayu/Islam Selangor yang berani keluar tinggalkan parti masing-masing sebagaimana dilakukan Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu di Perak dahulu.

Isnin, 9 Ogos 2010

Mana Takbir Juak-Juak Pas?: MELAYU PULAU MUTIARA BUKAN ISLAM?

MANA takbir Allahhuakbar.... Melayu/Islam Pas yang serign kita dengar apabila peniaga Melayu di Pulau Mutiara dinafikan hak mereka berniaga di Komtar menjelang Ramadhan? Mana ulasan Hadi Awang dan mana pula komen Nik Aziz Nik Mat? Bagimana pula dengan suara lantang Mahfuz yang bijak sangat berbicara fasal ekonomi? Mana.... mana.... dan mana.... Kenapa membisu? Takut? Kecut?

Kalaulah yang lakukan seperti apa yang berlaku di Penang itu di negeri yang di perintah BN, tak tahulah bagaimana gamat dan riuhnya suara juak-juak Pas berarak, berhimpun sambil bertakbir. Dan entah berapa ratus pula laporan polis yang Pas dan PKR buat mendakwa kerajaan BN. Kata-kata zalim, kejam, firaun, taghut dan macam-macam lagi gelaran akan bergema hingga ke langit.

Bolehkah diharapkan Pas dan PKR menjadi pemimpin di negeri-negeri dan negara bernama Malaysia ini? Apa pula perasaan para penyokong Pas dan PKR dari kaum Melayu? Sudah ada kesedaran atau masih mahu terus menyokong parti yang mengkhianati bangsa dan agama itu?

Itulah bukti nyata bahawa Pas dan PKR benar-benar telah diperalat bagaikan patung wayang oleh DAP yang seratus peratus berjuang untuk kaum imigran Cina.

Kemana perginya hujah Nik Aziz yang mendakwa Pas bergabung dengan DAP kerana mahu mendidik mereka ke arah ajaran Islam sejati. Inikah hasil didikan Nik Aziz? Inikah cara Islam yang diajarkan Nik Aziz kepada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew? Islam mazhab apa pulak ni?

Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa dan maha mengetahui apa yang Pas dan PKR lakukan. Dengan kehendakNya, menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, Allah swt tunjukkan satu persatu bukti yang menunjukkan apa sebenarnya perjuangan parti dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pas dan PKR.

Apakah orang Melayu yang dihalau dari berniaga di Komtar itu buakannya Melayu Islam? Justeru, Pas tak harus bersuara untuk mereka. Pas hanya berjuang untuk umat Melayu Islam sahaja?

Kalau berlaku huru-hara dan kekacauan di negar ini seperti apa yang berlaku 41 tahun lalu, yang bertanggungjawab sepenuhnya adalah pemimpin Melayu Pas dan PKR yang mendakwa diri mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Anwar Ibrahim janganlah disebut-sebut untuk bergantung harapan. Dia dah jadi sasau dan macam orang gila tak tentu hala kerana kes liwatnya kali ini seratus pertus berada di tangan DAP – Karpal Singh. Selagi Karpal mempermain-mainkan kes mahkamahnya, selagi itu Anwar bagikan lembu dicucuk hidung. Disuruh duduk, duduk, di jerit-jerit dan dibentak-bentak.

Anwar Ibrahim dan Nik Aziz kini benar-benar telah dijerat kuat oleh DAP. Tak mampu bergerak, malah tak berani bersuara pun. Leher mereka telah dicekik oleh DAP dan digantung di pucuk meranti.

Sekarang DAP boleh buat apa mereka suka. Pas dan PKR dah jadi melukut ditepi gantang. Ada atai tiada, tidak memberi makna apa-apa makna. Lim Guan Eng bebas untuk membalas dendam terhadap umat Melayu Penang. Sama ada kerana dendamkan perbuatan Pak Ali atau tidak, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Yang pasti, Lim Guan Eng bebas berbuat apa sahaja di negeri itu. Dia Ketua Menteri dan dia juga adalah setiausaha agung DAP. Jawatan paling berkuasa dalam parti sosialis/komunis kelahiran PAP dari Singapura.

Mana Pas nak tunjuk muka dan apa ertinya Anwar Ibrahim kembali berziarah ke Penang? Untuk dengar ugutan Karpal dan Guan Eng atau untuk melihat bagaimana Melayu Penang dikerjakan oleh Guan Eng – DAP?

Ayam jantan yang kokoknya berderai tetapi ekor bergelumang tahi, tidak harus disimpan lagi. Sembelih sahaja.... Buat rendang pun sodapppp.....

Pak Sulung: Berdoa siang dan malam memohon kehadhrat Allah swt supaya umat Melayu di negara ini diselamatkan daripada musibah bawaan Pas dan PKR ini. Dan berharap kekejaman DAP serta buruk laku pemimpin Pas/PKR, dihentikan segera. Aminnnnn.....

KHALID BERKIRA-KIRA MAHU JUAL HARTA YAYASAN SELANGOR?

MINAT untuk menulis mengenai inti pati ceramah Gerakan SSDE yang penulis dengar sendiri malam kelmarin di Kg. Jalan Kebun, Klang masih membara. Ianya masih mekar diingatan. Masih terngiang-ngiang di telinga dan sangat meresahkan.

Walaupun penulis bukannya anak Selangor tetapi, kerana pernah terlibat secara langsung di zaman Dato’ Harun Idris memimpin Pemuda UMNO dahulu, rasa dekat dengan orang Melayu Selangor masih tertanam di hati.

Justeru, penulis paparkan satu kisah lagi yang terjadi di Selangor, sebagaimana yang diceramahkan oleh bekas Menteri Besar, TS Mohd. Khir Toyo.

Katanya, “Menteri Besar pakatan, TS Khalid Ibrahim sedang berkira-kira untuk menjual semua harta Yayasan Selangor selepas Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam di tutup. Bangunan milik yayasan itu di Kuala Lumpur sedang di peringkat rundingan dengan pembeli dari Singapura.

“Bila ditanya kenapa mahu jual bangunan-bangunan itu, Khalid kata ianya dilakukan mengikut prinsip perniagaan. Bila ada orang mahu beli dengan harga yang tinggi lagi meguntungkan, maka ianya harus dijual,” kata Khir menjelaskan kerakusan kerajaan pakatan Selangor sekarang.

Nampaknya semua harta milik yayasan yang dibangun untuk membela nasib kaum Melayu di Selangor mahu dihapuskan. Sudah tentu tindakan itu bukannya kerana keuntungan semata-mata tetapi, hakikat sebenarnya ialah mahu melenyapkan institusi yang dikhaskan untuk pembangunan kaum Melayu/Islam di negeri itu yang diusahakan UMNO/BN sebelum ini.

Menyentuh mengenai perkara itu, PKR dan PAS tidak berani bersuara. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak dalang yang menguasai mereka, iaitu DAP.

Nyatalah bahawa PKR dan PAS sedang diugut oleh DAP. Jika mereka menentang kehendak DAP, kerajaan pakatan yang sangat dibanggakan itu akan runtuh jika DAP menarik diri keluar dari pakatan yang menjahanamkan orang Melayu.

Kerana kuasa dan kedudukan politik yang tak seberapa, Melayu PAS dan PKR terpaksa akur dengan ugutan dan gertakan DAP. Sejak mereka berkuasa, kedua-dua parti itu sentiasa dibayangi ketakutan kalau-kalau DAP menarik dari dari pakatan.

Kerana ugutan itu juga, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang sangat mendendam UMNO sanggup membelakangkan perjuangan untuk agama, bangsa dan agama mereka. Kuasa dan kedudukan menjadikan mereka hilang pertimbangan sebagai Melayu dan juga Islam.

Keadaan sama berlaku semasa pakatan berkuasa di Perak dahulu. ‘Nizar Lambai’ dan Khalid Gagap berada pada kedudukan yang sama. Iaitu takut hilang kuasa kerana ugutan DAP yang mahu keluar pakatan jika kehendak mereka tidak dipatuhi.

Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur walaupun terpaksa menggadaikan agama, bangsa dan negeri sendiri.

Kepada penulis, yang tersangat jahat dan sepatutunya dihukum seberat-beratnya ialah pemimpin bangsa Melayu yang jadi pengkhianat agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia - dalam kontek ini, negeri Selangor.

Selanjutnya Khir berkata,” Sebelum PRU-13, pemimpin pakatan bersepakat mahu menyapu bersih semua harta dan kekayaan negeri Selangor semahu-mahunya. Mereka telah merasakan bahawa pada PRU akan datang, mereka akan hilang kuasa. Akan kalah dan BN akan kembali berkuasa.”

Kenyataan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadhirin yang hadhir.

Hakikatnya, rakyat Selangor, khasnya kaum Melayu/Islam perlu melakukan sesuatu bagi menghalang dan menyekat hasrat pimpinan Pakatan Rakyat merompak dan menyamun harta serta kekayaan negeri Selangor. Tepuk dada, atur strategi. InsyaAllah....

Pak Sulung: Yakin Gerakan SSDE ini mampu dan berkeupayaan menjadi penggerak utama untuk BN merampas kembali Selangor dari tangan PR. Dan para pemimpin Melayu yang mengkhianati negerinya kerana tunduk kepada kaum imigran Cina – DAP, akan dihukum setimpal dengan pengkhianatan mereka. Aminnnnnn....

16 RIBU ORANG MELAYU ANGGOTAI KONGSI GELAP DI SELANGOR?

“SAYA terkejut apabila diberitahu oleh pihak berkuasa polis bahawa di Selangor sekarang terdapat 40 ribu ahli kongsi gelap. Lebih memeranjatkan lagi, dari jumlah itu, seramai 16,000 adalah orang Melayu. 13,000 kaum India dan baki 11,000 lagi terdiri dari kaum Cina.”

Demikian antara berita tergempar yang disampaikan oleh TS Dr. Khir Toyo semasa menyampaikan ceramahnya di majlis Gerakan SSDE, di Jalan Kebun, Klang, malam semalam.

Penulis berpeluang hadhir di situ kerana kebetulan pada hari itu berada di sekitar Klang. Daripada apa yang penulis dapat saksikan sendiri, sambutan penduduk setempat sangat menggalakkan dan semangat mereka semakin berkobar-kobar membenci kerajaan pakatan di Selangor yang tidak mampu mentadbir negeri dengan baik sebagaimana diharapkan sebelum PRU-12.

Bukan setakat gagal mentadbir tetapi, kerja laku pemimpin pakatan yang di dalangai DAP ternyata sangat rakus dan sedang bermahrajalela merompak khazanah negeri Selangor secara terang-terangan.

Penulis tidak mahu membicarakan apa yang diceramahkan oleh Khir secara mendalam. Begitu juga dengan apa yang diceramahkan oleh Noh Omar dan Ezam Mohd. Noor. Video ceramah mereka tentu akan disiarkan oleh bloger yang selama ini memang mengikuti perkembangan fasa pertama SSDE berkenaan. Malah Gerakan SSDE ada krew untuk itu.

Apa yang menarik perhatian penulis untuk menulis ialah mengenai kenyataan Khir yang menyebutkan bahawa orang Melayu di Selangor lebih ramai menganggotai kumpulan kongsi gelap daripada kaum lain, iaitu seramai 16,000 orang.

Memang hebat dan sangat memeranjatkan. Biasanya, yang kita selalu dengar kaum yang ramai menjadi gangster ialah kaum Cina dan India. Tapi, di Selangor sekarang kaum Melayu mengatasi dua kaum lagi. Memang hebat Melayu Selangor sekarang....

Sebagaimana diterangkan oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor itu, bertambah rancaknya kegiatan kongsi gelap di negeri berkenaan adalah kerana terdapat begitu banyak rumah urut dan tempat perjudian yang berlesen dan tanpa lesen. Tumbuh diseluruh bandar dan pekan kecil bagaikan cendawan selepas hujan.

Kata Khir, “Hinggakan di pekan kecil paling hulu iaitu Sabak Bernam pun terdapat lima buah rumah urut dan pusat maksiat berlesen dan empat buah lagi beroperasi tanpa lesen. Inilah punca utamanya dan Melayu Selangor semakin terjebak dengan keadaan itu.

“Arak boleh dibeli dengan mudah di semua premis 7 eleven di negeri Selangor. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor yang dipegang portfolionya oleh Ronnie Liu, bertanggungjawab membenar dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap operasi premis-premis tanapa lesen yang ada. Yang ada lesen semakin banyak, yang tak ada lesen pun banyak juga. Mana-mana pegawai yang berani bertindak akan dipecat sebagaimana terjadi dalam kes rompakan pasir di bumi Selangor,” kata bekas MB Selangor itu lagi.

Nampaknya, dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan Selangor didalangi oleh DAP yang dipimpin oleh seorang Ketua Kongsi Gelap menjadi kenyataan. Selain merompak dan menyamun harta negeri, gerakan meluaskan budaya gangsterisme berlaku serentak.

Biasalah, politik yang berfungsi atas kekuatan gerakan kongsi gelap memang memerlukan ahli yang ramai. Budaya kongsi gelap yang menetapkan bahawa ahli-ahli semestinya patuh dan taat setia kepada ketua, sememangnya sangat sesuai diguna pakai dalam gerakan politik kepartian. Itulah yang diamalkan Lee Kuan Yew semasa beliau mula menggerakkan politiknya di Singapura.

Melalui gerakan gangsterisme wang dan kekuatan dapat disepadukan dalam memantapkan perjuangan politik. Terbukti, cara Lee Kuan Yew itu membuahkan hasil dan Singapura berjaya jadi miliknya.

Apabila gerakan sedemikian cuba diterapkan di negara ini selepas Singapura menganggotai Gagasan Malayusia, maka Tunku Abdul Rahman tidak ada cara lain selain dari mengeluarkan Singapura dari Malaysia beserta Lee Kuan Yew sekali.

Kini, sejarah berulang kembali. Kejayaan DAP menguasai pakatan di Selangor membuka ruang untuk DAP mengembangkan pengaruh budaya gangsterisme. Mereka yakin cara itu dapat mengekalkan pengaruh politik chauvanis dan sosialis komunis yang jadi amalan mereka. Cara Lee Kuan Yew cuba dicontohi atau memang itulah arahannya kepada DAP.

Dan merekrut ramai orang Melayu menyertai gerakan kongsi gelap adalah untuk mengumpulkan orang Melayu Selangor dalam satu kumpulan gangster yang mereka kuasai sepenuhnya. Logiknya, walaupun bilangan ahli dari kaum Cina kurang tetapi, yang menjadi ketua dan pemimpin utamanya tentulah kaum itu. Melayu dan India hanya jadi balaci atau orang suruhan sahaja. Yang membunuh dan terbunuh biarkan Melayu dan India.

Sama ada berjaya atau tidak DAP menguasai Selangor selepas PRU akan datang, bergantung kepada sejauh mana setianya gangster kaum Melayu kepada kaum Cina DAP. Kalau semua gangster Melayu setia kepada pemimpin Cina sebagaimana Khalid Ibrahim setia dan tunduk kepada Ronnie Liu, harapan merampas semula Selangor agak rumit dan sangat mencabar.

Pak Sulung: Yakin dan percaya, Gerakan SSDE fasa dua, selepas Hari Raya nanti akan menumpukan sasaran kepada isu ini selain isu sedia ada. Ini adalah isu baru yang sangat merbahaya. Bertambahnya kes pembunuhan kejam di Selangor sejak akhir-akhir ini menjurus kepada isu berkenaan.

Ahad, 8 Ogos 2010

MUHYIDDIN: Terima Kasih Hadi!

TAN SRI Muhyiddin Yasin, Tim. Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri diberitakan mengucap terima kasih kepada Presiden Pas, Dato’ Abdul Hadi Awang kerana berani berkata benar dalam mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Di masa sama Muhyiddin juga mengucap tahniah kepada Hadi kerana tidak membelakangkan perlembagaan apabila menyatakan, “Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.”

Kenyataan Abdul Hadi itu adalah bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP yang mahu kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Kenyataan Abdul Hadi itu merupakan luahan seorang insan yang baru sedar di mana dia berada, setelah sekian lama tersesat. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Alhamdulillah.... Presiden sebuah parti politik kedua terbesar untuk umat Melayu/Islam telah berpijak di bumi nyata. Tidak lagi khayal dengan perjuangan sesat dan menyesatkan. Kalau dulu beliau pernah membuat fatwa yang menjadikan ahli Pas fanatik hingga tercetusnya ‘Peristiwa Balaing’, kini Hadi telah berkata benar dan yang hak.

Hadi mungkin mahu membebaskan dirinya daripada dibayangi pengaruh dan kediktatoran Nik Aziz Nik Mat yang menganggap jawatannya sebagai Mursyidul Am itu sangat tinggi, berkuasa dan penentu hala tuju perjuangan parti.

Hadi tidak mahu lagi diperlekeh kerana kelihatan tunduk kepada Nik Aziz yang dikuasai pula oleh Anwar Ibrahim. Hadi mahu menjadi Abdul Hadi Awang sebenar. Hadi mahu berdiri tegak dengan apa yang pernah diucapkannya sebagai Presiden Pas.

Kalau Hadi benar-benar berani berpegang teguh kepada apa yang pernah disuarakannya, maka harapan majoriti orang Melayu yang mahukan UMNO-PAS duduk semeja bersatu hati membela nasib Melayu/Islam boleh dilaksanakan.

Idea kerjasama PAS-UMNO datangnya dari pada anak Terengganu bernama Abdul Hadi Awang itu. Bukan orang lain dan bukan juga orang UMNO. Niatnya satu, iaitu mahu menyatukan umat Melayu/Islam negara ini yang telah teruk berpecah-belah kerana fahaman politik.

Bagaimanapun, Hadi telah mengisytiharkan idea itu dibatalkan kerana desakan kuat puak tertentu dalam Pas yang di ketuai Nik Abdu Aziz Nik Mat, anak Kelantan yang ‘maha berkuasa’ dalam parti berjenama Islam itu.

Sebagai pemimpin yang matang dan berpandangan jauh, Hadi sanggup melupakan idea itu demi menjaga kepimpinan partinya yang mula retak kerana berselisih pendapat.

Nampaknya apa yang telah terjadi itu tidak dipedulikan lagi oleh Abdul Hadi. Kali ini dengan tegas dan tekad yang tinggi, beliau bersuara menyanggah kenyataan pemimpin sekutu partinya dalam pakatan (DAP) yang mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Apa kata Nik Aziz dia tidak mahu dan tidak akan peduli.

Abdul Hadi bagaikan telah bersedia utnuk menerima kecaman atau bantahan puak Nik Aziz yang bertuankan Sheikh Anwar Ibrahim.

Apakah ini adalah hikamah menjelang kedatangan bulan Ramadhan, dua hari lagi? Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui.

Yang agak menarik untuk difikirkan ialah mengenai kesediaan Muhyiddin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada musuh politiknya. Dan ucapan itu diluahkan kerana mempertahankan perlembagaan negara dan hak keistimewaan orang Melayu. Ternampak kemuliaan hati budinya.

Tidak seperti pemimpin pembangkang yang tidak pernah sekali pun berterima kasih kepada pemimpin UMNO. Tak tahulah kalau ucapan caci-maki selama ini mereka anggap sebagai ucapan terima kasih.

Allahhuakbar.... DariMu kami datang dan kepadaMu kami kembali.

Pak Sulung: Berasa hairan kerana sejak kebelakangan ini Nik Aziz tidak bersuara. Adakah beliau juga uzur atau tidak sihat badan sebagaimana Anwar Ibrahim? Anwar dah mula sakit-sakit... Mungkinkah dalam bulan Ramadhan ini Anwar akan keluar negara untuk berubat?
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog