Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 25 April 2011

BN Tunai Janji Bina Infrastuktur Di Kelantan

BARISAN Nasional (BN) mengotakan janjinya untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur bagi penduduk Kelantan dengan melaksanakan beberapa projek di negeri itu, kata Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata antara projek itu ialah pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manik Urai Baru dan Manik Urai Lama yang mula dibina pada Oktober lepas dan dijadualkan siap pada September tahun depan.

Projek itu yang dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 2009 menelan kos RM14.1 juta, katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan jambatan itu di sini.

"Sepatutnya kos awal adalah sebanyak RM8 juta sahaja tetapi sudah bertambah, apa pun inilah bukti janji kerajaan BN," katanya.

Menurutnya apabila siap jambatan itu, ia bakal memberi faedah kepada kira-kira 2,000 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Selain jambatan, BN turut menaik taraf masjid di Kampung Temalir dan pusat rekreasi di Kampung Manjor yang kedua-duanya dianggarkan melebihi RM1 juta.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata masjid di Kampung Temalir sudah hampir siap dan boleh digunakan penduduk pada bulan Ramadan ini.

Bachok Akan Dijadikan Bandar Pelancongan Nelayan

JAJAHAN Bachok akan dijadikan bandar pelancongan nelayan apabila pusat sewaan kelengkapan menangkap ikan diwujudkan di situ untuk menggalakkan aktiviti menangkap ikan di Laut China Selatan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Persatuan Nelayan Bachok diberi tanggungjawab untuk menubuhkan pusat itu secepat mungkin termasuk dengan menyediakan bot, petak letak kereta dan jurupandu dari kalangan nelayan yang mampu menunjuk arah kawasan yang mempunyai banyak ikan.

Pusat itu boleh menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara yang sebelum ini menghadapi kesukaran untuk menyewa bot bagi tujuan berkenaan, katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bayaran elaun sara hidup nelayan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Ahad.

Awang Adek yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok berkata Bachok sesuai untuk mewujudkan pusat itu kerana mempunyai pelbagai kemudahan asas terutamanya bilik penginapan di sepanjang pantai yang terletak di pinggir bandar Kota Baharu dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa.

Aktiviti itu dapat memesatkan industri pelancongan di Kelantan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada nelayan yang terbabit, katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Janji tetap di tunai, kata pasti di kota.
Itulah komitmen Barisan Nasional mentadbir negara.
Bukan temberang semata-mata, tidak pula berkata dusta.
Rakyat didahulukan jadi slogan mulia untuk agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog