Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 26 April 2011

Elak jawab isu seleweng projek pembangunan, DAP alih kepada isu ‘1Melayu, 1Bumi’.... Yang terserlah ialah kebangangan pemimpin Melayu PKR dan PAS....

PELBAGAI pihak membidas DAP kerana parti itu cuba mengelak daripada menjawab isu penyelewengan projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya menjadi milik kontraktor bumiputera.

Menurut mereka, DAP seharusnya membersihkan nama parti itu terlebih dahulu sebelum mengalihkan isu terhadap pandangan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan supaya digerakkan gagasan 1Melayu, 1Bumi sebagai langkah menyatupadukan orang Melayu.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, DAP patut bertanggungjawab terhadap isu pokok iaitu pendedahan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa keuntungan daripada projek di DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku disampaikan kepada ketuanya iaitu ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah daripada DAP.

Dr. Sivamurugan Pandian
Katanya, tindakan mereka lebih menumpukan kepada isu 1Melayu, 1Bumi dengan jelas merupakan strategi DAP iaitu menggunakan Utusan Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.

"Pembaca perlu menilai DAP kerana parti itu sebenarnya cuba mempengaruhi rakyat dengan mengalih sebarang isu yang memberi kesan kepada mereka dan mengatasinya dengan isu yang tidak relevan.

"Ini seharusnya tidak berlaku kerana isu yang sebenar dilupakan. DAP seharusnya perlu menjawab isu itu dan tanpa penjelasan, DAP dilihat seolah-olah tidak mahu mewujudkan hubungan ke atas kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa kontraktor bernama Lee Wye Wing telah menggunakan nama syarikat bumiputera bagi mengaut projek-projek di kawasan Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya menjadi milik kontraktor bumiputera.

Wye Wing dalam prosiding itu juga bersetuju dengan cadangan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bahawa isterinya dan seorang anak saudaranya mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan pula berkata, DAP sentiasa cuba mengalihkan isu yang tidak memberi keuntungan kepada parti itu dengan menimbulkan isu lain serta memutar-belitkan isu yang dikaitkan dengan mereka.

Katanya, tindakan DAP mengalih sesuatu isu khasnya berkaitan penyelewengan parti sebenarnya bagi menimbulkan kemarahan di kalangan orang Cina dengan mengungkit isu sensitif dan perkauman.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali pula berkata, DAP perlu membersihkan namanya berhubung penyelewengan projek pembangunan berkenaan yang membabitkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP.

Sekiranya dakwaan itu tidak benar jelasnya, mereka seharusnya menafikan tuduhan tersebut dengan segera dan bukannya mengalih tumpuan pada isu lain.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat pendedahan mengenai perkara itu bagi membuktikan kebenaran," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sejak dari awal lagi kematian Teoh Beng Hock yang dijadikan isu oleh DAP bertujuan mengalihkan isu sebenar di sebalik tragedi itu.

Dengan mengajak rakan sekutunya – PKR dan PAS, menganjurkan protes besar-besaran terhadap SPRM -  konon menuntut ‘jeadilan’ atas kematian Teoh, DAP berjaya buat seketika untuk mengabui mata rakyat daripada menyedari isu sebenar penyelewengan yang membawa kepada kematian Teoh.

Bagaimanapun, setelah Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengarahkan supaya satu suruhanjaya diraja ditubuh bagi menyaisat kematian berkenaan, tembelang DAP terdedah satu demi satu.

Menyedari apa yang bakal terdedah, di peringkat awal prosiding suruhanjaya itu, peguam serta keluarga Teoh yang diperalat oleh DAP, menarik diri daripada turut serta dalam siasatan suruhanjaya diraja berkenaan.

Sekali lagi rakyat Malaysia harus mengucapkan syabas dan terima kasih kepada PM yang bertindak cerdik apabila menyetujui penubuhan suruhanjaya diraja. Tanpa siasatan suruhanjaya, bangkai gajah yang cuba ditutup oleh DAP dengan nyiru itu tidak terdedah kepada umum.

Yang agak memalukan dan kelihatan jahil serta bangang dalam isu ini ialah para pemimpin Melayu/Islam dari PKR dan PAS yang beriya-iya menyertai projek ‘alih isu’ oleh DAP itu tanpa menggunakan akal dan berfikir secara rasional.

Melayu bangang yg dibodohkan DAP....
Sekarang mana pemimpin-pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa dan lain-lain, terutamanya ‘malaun dari Perak’ – Mohd Nizar Jamaluddin nak letak muka?

Setelah mereka memprotes dengan cara ‘lebih Cina daripada Cina DAP’, kini semua kebangangan mereka juga turut terdedah sama di mata rakyat.

Kahhh... kahhhh.... kahhhhhh.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog