Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 25 April 2011

Gabungan DAP-SNAP: Pas pertikai niat DAP yang membelakangkan semangat pakatan...

PAS Sarawak meragui motif di sebalik hasrat DAP untuk bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang dilihat membelakangkan semangat pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan gabungan berkenaan sebagai 'tidak kena', Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid berkata, DAP seharusnya menumpukan kepada usaha meraih sokongan di kawasan bandar terutama pengundi Cina yang menjadi tumpuan parti itu.

Adam Ahid
 "Mengapa perlunya DAP untuk bergabung dengan SNAP yang kita tahu menumpukan perhatian kepada masyarakat Dayak.

"DAP patut tahu apa tumpuan mereka, kekuatan mereka di bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina," katanya kepada mStar Online di Petaling Jaya, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bergabung dengan SNAP yang disifatkan sebagai usaha bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh negara.

Lim juga berkata bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

Mengulas lanjut Adam berkata, jika SNAP mahu menyertai Pakatan Rakyat dan bergabung dengan mana-mana parti sekutu di dalamnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah pilihan yang baik.

Menurutnya ia selaras dengan asas parti berkenaan yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

"Kalau SNAP nak sertai Pakatan Rakyat dengan bergabung, baik mereka bergabung dengan PKR dan bukannya DAP," katanya.

Sebelum ini Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut menggesa DAP memberi penjelasan terpeinci berhubung cadangan penggabungan berkenaan.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Baru kalian tahu siapa itu ‘Cina DAP’. Itulah sikap sebenar DAP yang konon parti pelbagai kaum tapi yang monopoli kepimpinan adalah Cina.

Sekarang mereka berasa sudah cukup kuat untuk mengetuai pembangkang di Sarawak. Apa lagi nak dirungutkan? DAP ada 12 kerusi dan PKR 3 sementara Pas pocik.... Maka DAPlah yang sepatutnya mengepalai pakatan pembangkang di Sarawak, bukannya PKR apatah lagi Pas.

Cuma Anwar Ibrahim sahaja yang buat tak faham bahasa politik ‘Cina DAP’ yang selama ini hanya mahu meraih untung untuk mereka sahaja.

Tindakan DAP yang membelakangkan PKR dan PAS itu memberi isyarat bahawa DAP tidak lagi menganggap Anwar Ibrahim sebagai Ketua dalam pakatan. Merekalah yang patut jadi ketua, sebab mereka ada lebih sokongan.

Jangan haraplah Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng nak hormat pada PKR dan PAS Sarawak.
Padan muka PKR dan PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog