Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 April 2011

ISU CUKAI TANAH UUM: Di Kedah, PTG lebih besar daripada MB?

Sejahterakah rakyat apabila UUM pun ditekan dan dianggap sebagai peluang menambah hasil negeri?
TIDAK diketahui apa jenis pentadbiran kerajaan Pas di Kedah sejak parti jenama Islam itu menguasai negeri jelapang padi itu pada PRU 2008 lalu.

Berita terbaru dari mulut Menteri Besar negeri Kedah menyatakan bahawa kerajaan negeri itu menyerahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG ) Negeri bagi mempertimbangkan permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung rebat bagi cukai tanah universiti itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, minggu lepas UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun dan beliau telah meminta Pengarah (PTG) Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.

"Kerajaan negeri sedang menunggu pandangan PTG dalam hal ini. Terpulang kepada PTG untuk mengkajinya. Kita ahli mesyuarat kerajaan negeri hanya buat keputusan berdasarkan pandangan PTG," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, Rabu.

Betullah kata orang MB Kedah sekarang ini ialah ‘Pak Lawak’. Adakah munsabah MB dan Exconya menunggu keputusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri untuk memastikan sama ada rebet cukai tanah yang dipohon oleh UUM itu layak diberi atau tidak.

Apa tugas dan kerja MB serta basiran Exconya kalau perkara yang menyentuh mengenai dasar kerajaan negeri tidak mampu diputuskan sendiri? Apakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa eksekutif?

Itulah akibatnya apabila terlalu bermain politik. Masalah pentadbiran yang sepatutnya berada di tangan MB dan Exco pun terpaksa disongsangkan kerana menutup malu atau ketelanjuran sikap dendam dan bencikan kerajaan pusat (BN), hinggakan terlupa bahawa UUM itu adalah seratus peratus dibina demi kepentingan rakyat.

Walaupun UUM itu ditubuh dan diurus oleh kerajaan pusat, tetapi pengurusan universiti tidak pernah menolak atau menghalau anak-anak orang Pas, PKR dan DAP daripada menuntut ilmu di situ.

Bila tersedar ianya menimbulkan kemarahan rakyat, baru terkial-kial mencari daleh yang akhirnya memnunjukkan betapa tidak bijaknya kepimpinan kerajaan Pas yang berMenteri Besarkan Azizan Abdul Razak.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan UUM mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah sebanyak 10 kali ganda kepada institusi pendidikan itu, iaitu sehingga RM1.8 juta setahun berbanding sebelum ini RM150,000 ketika Kedah diperintah Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Azizan yang mengatakan kerajaan negeri terdahulu memberikan rebat cukai tanah selama dua tahun dari Januari 2006 hingga Disember 2008 dan setelah tempoh itu berakhir, UUM perlu membayar kadar penuh semula, tetapi UUM masih boleh mengemukakan rayuan.

Inilah akibatnya apabila meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya.

Rakyat kini dapat menilai betapa bangang dan tongongnya kepimpinan kerajaan negeri yang bukan sahaja tidak cekap mentadbir tetapi meletakkan kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan rakyat.

Jelaslah bahawa Pas yang menerajui kerajaan Kedah tidak boleh diharapkan membela nasib rakyat, apatah lagi membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Malang nasib orang Kedah gara-gara tersilap mempercayaai janji-janji syurga oleh Pas. Syurga entah ke mana, kehidupan di dunia tidak sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog