Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 April 2011

KES VIDEO SEKS: Eskay Beri Sampel DNA Kepada Polis

AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Anwar Ibrahim pada hari Rabu memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

"Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Misteri ‘Datuk T’ yang bermaksud ‘Trio’ itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik , Shazryl Eskay dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu.
- Bernama


SATU MELAYU:
Demikian salah satu babak dari drama kisah hidup seorang tokoh terkenal bertajuk ‘Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah’ yang sedang menerjah minda setiap rakyat Malaysia yang prihatin dan berfikiran waras.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan berani kerana apa yang dikatakannya diyakini benar, maka soal memberikan sampel DNA tidaklah menjadi masalah hingga menjadi isu dan berbuih-buih mulut menafikannya dengan pelbagai helah yang memakan diri si pelaku.

Semoga berita ini menyerlahkan lagi kebenaran di pihak yang benar.

Bagaimanapun, kenapa Datuk Eskay sahaja yang diambil DNAnya dan tidak dari dua orang lagi anggota 'Trio'? Agaknya kerana di dalam video berkenaan terdapat gambar Eskay sebagaimana yang pernah dikata dan diakuinya.

Apapun, sama-samalah kita tunggukan perkambangan selangutnya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog