Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 25 April 2011

Parti Jangan Jadi Syarikat Anak Beranak… Pemimpin Pas Sindir PKR

BEKAS pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam melihat ingatan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa  parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak bukan sahaja satu sindiran kepada sekutunya, PKR malah satu nasihat yang ikhlas kepada kepimpinan parti terbabit yang kini diintai oleh ‘kabilah erdogan’.

Lokman Noor Adam
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah, Tuan Ibrahim mungkin menyedari gerakan daripada ‘kabilah erdogan’ yang diketuai oleh AJK Pas Pusat, Datuk Husam Musa bersama ‘gengnya’ yang lain seperti Mahfuz Omar dan sebagainya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim untuk mencaturkan kepimpinan di dalam parti berkenaan.

“Mungkin Tuan Ibrahim menyedari gerakan berkenaan yang kini bertiup kencang di merata-rata dan beliau tidak mahu Pas menjadi seperti PKR yang kini diterajui oleh anak beranak. Bermula dengan bapa sebagai Ketua Umum, Isteri sebagai Presiden dan anak sebagai Naib Presiden.

“Nasihat ini perlu disahut oleh ahli Pas yang lain jika mereka mahu melihat Pas terus bergerak dengan betul dan benar berpaksikan kepada perjuangan asal mereka dan bukannya sekadar menjadi budak suruhan kepada PKR dan DAP,” katanya.

Datuk Tuan Ibrahim
 Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, Pas  telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Lokman seterusnya menambah, Pas perlu bepegang kepada prinsip mereka dan bukannya sekadar menjadi lalang yang hanya menguntungkan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

Katanya sebagai sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam, mereka tidak seharusnya menjadi lembu dicucuk hidung setiap masa dan inilah waktunya untuk mereka bangkit sepertimana saranan Tuan Ibrahim itu.

“Saya percaya apa yang diutarakan oleh Tuan Ibrahim itu penuh dengan maksud yang mendalam…bak kata pepatah, pukul anak sindir menantu.

“Dan saya penuh yakin, ahli Pas cukup bijak untuk menilai apa yang berlaku di depan mata dan mereka juga sama sekali tidak mahu Pas terus hanyut bersama Anwar yang kini penuh dengan pelbagai skandal.

“Muktamar inilah mereka sepatutnya gunakan untuk memastikan segala anasir “kabilah Erdogan” dihapuskan agar Pas terus menjadi parti yang bermaruah dan berprinsip,” katanya.
-MediaUMNO

SATU MELAYU:
‘Cukup akal’kah para juak-juak Pas untuk sampai ke tahap memikirkan apa maksud tersirat kata-kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu?

Ikutkan pengalaman masa lampau, mana mereka boleh terfikir begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog