Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 29 April 2011

Rasuah Di Kalangan Penguatkuasa Punca Pintu Masuk Negara Sering Bolos - SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pegawai penguatkuasa, termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan dipercayai menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Terdapat juga penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram," demikian menurut laporan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Khamis.

Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

"Ini adalah antara punca menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin," menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan itu, daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini setiap hari dan dianggarkan kira-kira 35 peratus daripada jumlah itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan Imigresen.

"Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen Malaysia adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

"Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800, kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur Imigresen berpunca daripada amalan rasuah," menurut laporan SPRM.

Hasil operasi yang dijalankan, 11 pegawai Imigresen ditangkap dengan keseluruhannya RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai terbabit selain RM117,400 nilai aset disita.

Pesalah imigresen di depot tahanan....
Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gajala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen menyebabkan jabatan itu melaksanakan rombakan besar-besaran termasuk menukar 20 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain.

Rombakan itu dilakukan bagi memastikan 'jalinan rangkaian' antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk pendatang tanpa izin ke Malaysia dapat dihentikan.

Dalam masa sama, Jabatan Imigresen dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan 'pencerobohan' berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Laporan SPRM 2010 itu turut membongkar isu ketirisan subsidi diesel, dengan segelintir pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dikatakan ditawarkan suapan bagi mengelakkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan ekoran perlakuan penyelewengan.

Ia mendedahkan bahawa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menjadi dalang kepada penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit.

Turut dilaporkan menjadi ejen perantara ketirisan diesel ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan individu yang memiliki depot.

"Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depot kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan.

"Bermula daripada ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing kilang atau ke sempadan," menurut laporan itu.

Kerajaan dianggar menanggung kerugian RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun akibat penyelewengan subsidi minyak diesel, berdasarkan anggaran minimum, iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi diluluskan kerajaan untuk golongan nelayan.

Bagi tempoh 2006-2010, kerajaan meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 bilion liter kepada nelayan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Majoriti kakitangan kerajaan adalah kaum Melayu.
Kalau rasuah yang boleh menjahanam dan melingkupkan negara itu berlaku di kalangn kakitangan kerajaan, maka bangsa Melayu sendirilah yang jadi penyebabnya.

Oleh kerana Melayu itu agmanya Islam, dan Islam melarang menerima rasuah, sekali lagi bangsa Melayu jugalah yang jadi penyebab tercemarnya ajaran suci Islam.

Justeru itu, gaya hidup dan kemantapan ajaran Islam sebanar perlu menjadi asas dalam membentuk umat Melayu yang tersesat jalan hidupnya kerana terlalu mengejar kebendaan dalam hidup sementara di dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog