Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 16 April 2011

KEPUTUSAN PRN SARAWAK KE-10

BN - 55

PKR - 03

DAP - 12

PAS - 0

SNAP - 0

BEBAS - 01


BARISAN NASIONAL:

01.  N32 Bukit Saban
02.  N56 Baleh
03.  N37 Daro
04.  N24 Beting Maro
05.  N55 Katibas
06.  N57 Belaga
07.  N21 Simunjan
08.  N44 Machan
09.  N35 Belawai
10.  N71 Bukit Daro
11.  N69 Batu Danau
12.  N47 Bawang Assan
13.  N41 Pakan
14.  N18 Tebedu
15.  N51 Balingian
16.  N31 Layar
17.  N20 Sadong
18.  N25 Balai Ringin
19.  N01 Opar
20.  N27 Simanggang
21.  N29 Batang Ai
22.  N36 Semop
23.  N22 Sebuyau
24.  N17 Tarat
25   N49 Nangka
26.  N58 Japak
27.  N03 Tanjung Datu
28.  N15 Muara Tuang
29.  N68 Bukit Kota
30.  N28 Engkilili
31.  N33 Kalaka
32.  N50 Dalat
33.  N43 Ngemah
34.  N04 Pantai Damai
35.  N05 Demak Laut
36.  N06 Tupong
37.  N61 Bekenu
38.  N14 Asajaya
39.  N67 Telang Usan
40.  N19 Kedup
41.  N26 Bukit Begunan
42.  N07 Samariang
43.  N08 Satok
44.  N52 Tamin
45.  N65 Senadin
46.  N30 Saribas
47.  N23 Lingga
48.  N38 Jemoreng
49.  N62 Lembir
50.  N16 Bengoh
51.  N42 Meluan
52.  N60 Kemena
53.  N66 Merudi
54.  N02 Tasik Biru
55.  N53 Kakus

PKR:

01.  N70 Ba'kelalan
02.  N34 Krian
03.  N11 Batu Lintang
04.
05. 

DAP:

01.  N63 Piasau
02.  N45 Bukit Asek
03.  N09 Padungan
04.  N12 Kota Sentosa
05.  N10 Pending
06.  N48 Pelawan
07.  N39 Repok 
08.  N40 Meradong 
09.  N64 Pujut 
10.  N46 Dudong
11.  N59 Kedurong
12.  N13 Batu kawah 

PAS:

01.
02.
03.


SNAP:

01.
02.
03.
04.
05.

BEBAS:

01.  N54 Pelagus
02.
03.
04.

Tutup Rundingan…Pas Mungkir Janji, Terus Aniaya Peniaga Pasar Lama

UMNO Kelantan hari ini – Sabtu, membidas kerajaan negeri itu kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan Arked UDA.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak bertimbang rasa kerana enggan memberipeluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

“Kita kesal pintu rundingan ini dikatakan sudah tertutup. Ini soal janji yang  mereka buat (semasa pilihan raya umum lepas) dan saya mohon kerajaan negeri menangguhkan perpindahan peniaga ini sehingga ada jalan penyelesaian,” katanya di Kota Baharu.

Pasar Lama MPKB....
Beliau yang ditemui selepas melawat peniaga terbabit di Pasar Lama MPKB mengulas mengenai isu perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru yang berlanjutan apabila kesemua mereka enggan berpindah sekalipun notis mengosongkan premis sekarang tamat 31 Mei ini.

Mustapa berkata peniaga berkenaan membantah kerana premis baru di Bazar Tok Guru lebih sempit selain dikenakan bayaran yang mahal, tidak seperti yang dijanjikan Pas pada pilihan raya umum lepas.

Mengulas tawaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya peniaga terbabit berniaga di Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini, Mustapa berkata perkara itu terserah kepada peniaga terbabit.

“Ini bukan soal tawaran tetapi ini soal janji kerajaan Pas Kelantan kepada peniaga itu yang menjadi perhatian,” katanya.
- MediaUMNO

SATU MELAYU:
Kerajaan pimpinan Pas Kelantan sangat kuarng buat projek pembangunan untuk rakyat. Bagaimanapun, sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, Pas Kelantan cuba membangunkan beberapa projek. Antaranya ialah Bazar Tok Guru.

Malangnya, projek yang cuba dilakukan itu gagal dan mengalami kerugian. Bila dah rugi, tak tahu nak buat apa lagi selain jual unit dan ruang niaga dengan harga mahal walaupun terpaksa melanggar janji yang dibuat sebelumnya.

Kerana politik, rasa malu sebab rugi membuatkan Pas Kelantan berlagak ‘keras kepala’ dan tidak mahu lagi berunding dengan para peniaga yang gelisah kerana terpaksa berpindah ke tempat yang lebih kecil, sempit tetapi harganya berlipat ganda dari apa yang dijanjikan Tok Guru.

Apakah semua ini membuktikan bahawa para pemimpin Pas tak tahu buat kerja dan main hentam kromo kerana tidak ada ilmu dan penmgalaman mentadbir.

Inikah hasil kepimpinan Pas di Kelantan setelah diberikan amanah mentadbir negeri lebih dari 20 tahun? Kalau nak pimpin sebuah negeri pun tak mampu, ada hati  pulak nak memimpin negara  melalui PRU-13.

Sedarlah diri dan nilailah kemampuan para pemimpin Pas yang ada.... Kalau dah kelentong Anwar Ibrahim yang terang-terang bohong pun mereka boleh terpengaruh, macam mana nak diharapkan menjaga kepentingan negara?

Jangan Terperdaya Khabar Angin Pembangkang Dah Menang, tapi Anwar dah cabut ke London atau US - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak terperdaya dengan dakwaan pembangkang kononnya mereka telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu.

Muhyiddin berkata dakwaan yang tersebar di Internet itu adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai dan masih berjalan sehingga 5 petang ini.

"Ada berita-berita khabar angin oleh pembangkang (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, pakatan pembangkang (telah) ambil alih (kerajaan negeri).

"Ini merupakan satu pembohongan...pengundian belum selesai...undi pun belum dikira," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini pada Sabtu.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau mendapat maklumat bahawa ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat.

"Kalau dia menang mesti dia tunggu sampai habis, kenapa awal-awal dia tinggalkan Sarawak? Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua mengundi kononnya takut jadi apa-apa," kata beliau.

Muhyiddin berkata khabar angin seumpama itu hanya disampaikan oleh orang yang terdesak.

"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)...saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu," katanya.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu adalah satu perang psikologi bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

"Ini adalah satu politik kotor yang terdesak. Belum ada kenyataan rasmi. Mereka ini sudah mendahului SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya.

Mengenai proses pengundian hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata bilangan yang keluar mengundi ketika ini agak baik tetapi beliau berharap lebih ramai akan keluar mengundi sebelum pukul 5 petang.

"Kawasan-kawasan rumah panjang...ramai yang mengundi awal. Jadi saya harap jentera BN dapat membawa lebih ramai orang untuk pergi mengundi," katanya.

Muhyiddin berkata banyak kawasan dilihat ada perubahan besar di kalangan pengundi-pengundi yang memahami tentang pilihan raya dan mereka memberi sokongan kepada calon-calon BN.

Beliau berkata pakatan pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mempunyai sokongan di Sarawak manakala DAP hanya di sesetengah kawasan.

"Mereka kena import penyokong dari tempat lain...mereka ini bawa sekali budaya samseng. Ramai orang tempatan tidak suka keadaan ini kerana selama ini mereka hidup aman," katanya.
- Bernama


SATU MELAYU:
Undi belum dikira dan masa mengundi belum ditutup, tapi ada pulak yang buat cerita konon pembangkang dah menang dan BN dah tumbang di Sarawak... Gilerrr apa?
Kalau nak kelentong pun, biarlah ada logiknya sikit. Ini tak logik langsung.
Agaknya mereka yang sebar khabar angin tu belum tamat menuntut ‘ilmu kelentong dan membohong’ daripada mahaguru Anwar al-Jub....

Kalau pembangkang dah menang takkan Anwar dah cabut lari bersembunyi di London atau USA? Akai ada ka?

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Keluarga, teman wanita temui pakar psikiatri

AHLI keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir di Kompleks Mahkamah di ibu negara pada Jumaat untuk sesi temu bual dengan pakar psikiatri yang dilantik oleh Suruhanjaya Siasatan Kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Mereka yang tiba kira-kira pukul 3.15 petang ini ialah bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; ibunya, Teng Shuw Hor; adik perempuan; Teoh Lee Lan; dan abang, Teoh Meng Kee. Turut hadir bersama mereka ialah teman wanita mendiang, Soh Cher Wei dan anaknya.

Beberapa minit selepas itu, peguam keluarga tersebut, Gobind Singh Deo dilihat memasuki kompleks mahkamah berkenaan.

Temu bual tersebut dijalankan secara tertutup di satu lokasi yang tidak diketahui di kompleks tersebut dan pakar-pakar psikiatri yang terlibat ialah Dr. Ba'diah Yahya, Dr. Nor Hayati Ali dan pakar psikiatri forensik dari Australia, Profesor Dr. Paul Mullen yang dilantik oleh Majlis Peguam Malaysia.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu setengah jam dan tamat kira-kira pukul 4.50 petang.
Ketika ditemui oleh pihak media, Gobind memberitahu, temu bual dengan ahli keluarga mendiang dan teman wanita Beng Hock dijalankan secara serentak.

Bagaimanapun, peguam terbabit menyatakan beliau tidak mengetahui bila pakar-pakar tersebut akan menyerahkan laporan hasil temu bual tersebut kepada panel suruhanjaya.

Pada 7 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengarahkan agar ahli keluarga Beng Hock, rakan-rakan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan soal siasat ditemu bual oleh pakar-pakar psikiatri.

Temu bual itu penting bagi menentukan keadaan minda Beng Hock walaupun ahli keluarganya enggan berbuat demikian sebelum ini.

Cheng Yuen turut mengarahkan agar Cher Wei ditemu bual memandangkan tiada sebarang kenyataan diperoleh daripadanya sebelum ini sedangkan ia mampu memberikan maklumat yang berguna.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.
- Utusan

KONSPIRASI ANWAR: RPK digesa dedahkan lagi rahsia Anwar Ibrahim....

PENGENDALI laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin perlu mendedahkan lebih banyak rahsia mengenai sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ia bukan untuk mengaib atau menghina Anwar sebaliknya untuk menyedarkan rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang penuh dengan kepalsuan.

"Sudah terang lagi bersuluh selama ini Anwar akan menggunakan siapa sahaja dan pelbagai cara untuk mencapai hasrat menjadi Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas pendedahan Raja Petra semalam berhubung sikap sebenar Anwar.

Ruslan Kassim
Ruslan berkata, pendedahan Raja Petra itu juga membuktikan perjuangan Anwar bersama PKR selama ini adalah palsu dan mengikut nafsunya semata-mata.

"Saya sudah lama mengenali Raja Petra. Selama mengikut Anwar dia sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi Anwar. Apa yang didedahkannya itu sememangnya patut diambil perhatian," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, selari dengan pendedahan Raja Petra mengenai Anwar, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail juga perlu tampil menegakkan kebenaran mengenai sikap sebenar suaminya itu.

Menurut beliau yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, sebagai presiden parti, Wan Azizah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dan bukannya berlakon seperti tidak tahu apa-apa.

Aminah Abdullah
"Tidak sangka Wan Azizah sanggup membenarkan fitnah dilemparkan kepada pemimpin negara terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Wan Azizah dari awal lagi tahu fitnah dan hasutan yang telah dicaturkan oleh Anwar terhadap Najib dan Rosmah tetapi beliau telah menunjukkan satu lagi lakonan yang hebat," katanya.

Beliau berkata, rakyat telah muak dengan lakonan Wan Azizah dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam soal mempertahankan Anwar itu.
- Utusan

SATU MELAYU:
Jangan marahkan Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah. Mereka terpaksa patuh kepada kehendak dan arahan suami dan ayah. Sebagai isteri dan anak, seudah tentu mereka tidak sanggup memburuk dan menghina Anwar yang kini semakin hanya bergantung kepada mereka berdua.

Lagipun, apa yang dicita-citakan Anwar sangat menguja Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Bukan senang hendak mengenepikan harapan muluk untuk menjadi isteri dan anak kepada seorang Perdana Menteri Malaysia. Glamour beb!

Dan yang paling utama ialah kepada siapa lagi Anwar hendak bergantung harap selain isteri dan anaknya? Kawan dan rakan setia semuanya dah cabit lari. Tidak cukup dengan meninggalkan Anwar, ada pula yang menyerang Anwar dengan pelbagai pendedahan yang memalu dan menjijikkan.

Apakah semua musibah yang menimpa Anwar Ibrahim kini sebagai ujian atau karma dari Yang Maha Kuasa?

PRN SARAWAK: Bahan berfikir sebelum mengundi....

MULAI jam 8 pagi ini para pengundi negeri Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih wakil dan parti politik yang diamanahkan mentadbir negeri selama lima tahun lagi.

Setelah sepuluh hari kempen diadakan, bermacam cerita dan janji yang telah diluahkan kepada rakyat Sarawak oleh calon-calon bertanding dan pemimpin-pemimpin mereka. Ada puji dan tidak kurang juga yang mengutuk lawan masing-masing.

Sebagaimana dilaporkan pelbagai media, kempen PRN ke-10 Sarawak ini dianggap sebagai pertarungan paling hebat.

Ianya jadi begitu hebat kerana puak pembangkang dari Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada PKR, DAP dan PAS turun habis-habisan bagi merampas negeri Sarawak daripada Barisan Nasional. Kehebatan kempen oleh pemimpin mereka menenggelamkan pembangkang tempatan Sarawak – SNAP, yang gagal dipujuk untuk bekerjasama oleh PKR dan DAP.

Sebagai panduan kepada para pengundi yang akan mengundi nanti, sila fikir dan ambil iktibar daripada kisah seekor anjing kelahiran Sarawak yang sempat dirakam aksinya ketika kemerihan suasana kempen rancak dengan pelbagai bendera, poster dan kain rentang yang mungkin agak asing kepada haiwan berkenaan.

Mungkin anjing ini tidak dapat menerima kemeriahan bahan kempen yang mewarnai bandar dan kampung di Sarawak itu dengan pelbagai warna dan lambang parti.

Kerana bosan dan marah dengan kemeriahan itu, anjing ini telah bertindak sendirian dengan meruntun turun kain rentang PKR.

Sebagai bahan berfikir untuk para pengundi yang akan mengundi awal pagi nanti, persoalan yang seharusnya timbul difikiran masing-masing ialah kenapa anjing ini memlilih kain rentang PKR untuk diruntunnya turun menyembah bumi?

Apa pengajaran atau iktibar yang cuba dizahirkan oleh haiwan cerdik ini? Dan ianya bukan satu joke atau sekadar bahan ketawa, tapi ada yang tersirat disebalik aksi haiwan ini.
Fikir-fikirkanlah....

Jumaat, 15 April 2011

KES VIDEO SEKS: Polis Belum Ambil Keterangan Wanita Dalam Video Seks - Acryl Sani

POLIS belum mengambil keterangan daripada wanita dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini dan didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.

"Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS.

Datuk Acryl Sani Abdullah Sani
Sehingga kini polis belum menemui wanita itu, katanya yang menafikan laporan akhbar yang memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

"Kenyataan dalam akhbar (Bahasa Inggeris) hari ini (Jumaat) adalah salah dan IGP (Ketua Polis Negara) tidak pernah berkata sedemikian," kata Acryl Sani yang bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita itu.

Semalam Ismail berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks itu berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap jam Omega, Acryl Sani berkata tempoh seminggu yang diberikan polis kepada syarikat yang mengedar jam mahal itu akan berakhir minggu ini.

Beliau berkata bagaimanapun syarikat itu belum memberikan maklum balas.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik serta Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Mana nak cari pelacur itu. Dah tentu dia balik ke negara asalnya – China.
Ada kemungkinan ‘Ayam China’ tu datang sebagai pelancong tetapi buat kerja sebagai pelacur.
Kalau ada pun dan tentu dia cabut lari ke negara asal.
Tak payahlah dipertikai mengenai wanita yang jadi pasangan kepada pelaku lelaki dalam video berkenaan.

Yang penting dan utama dalam isu ini ialah siapa pemimpin politik negara yang dikatakan sebagai pelaku lelakinya. Itu saja.

Rakyat nak tahu siapa?

Kes AminulRasyid: Dua Das Tembakan Tidak Cukup Untuk Hentikan Kereta

KOPERAL Jenain Subi menafikan satu atau dua das tembakan sahaja sudah mencukupi untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh pelajar, AminulRasyid Amzah.

Anggota polis yang telah berkhidmat selama 26 tahun itu juga tidak bersetuju bahawa tembakan tersebut sudah pasti akan mengenai kereta Proton Iswara BET 5023 yang dinaiki oleh AminulRasyid bersama rakannya, Mohd Azamuddin Omar.

"Saya juga tidak bersetuju bahawa saya tidak ada masalah untuk menembak kepala mangsa," katanya yang disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani pada Jumaat.

Pada keteranganya di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, Jenain mengakui bahawa dia adalah seorang penembak yang mahir.

Dia juga memberitahu, dia tidak dapat melihat pemandu kereta Iswara tersebut semasa kereta peronda polis yang dinaikinya bersama pemandu, Konstabel Mohd Hafizd Mohd Yusof mengejar kereta itu.

Bapa kepada empat orang anak itu juga tidak bersetuju bahawa kereta Iswara tersebut tidak berhenti kerana mereka yang berada di dalam kereta itu tidak mendengar bunyi tembakan ekoran keadaan tingkap kereta yang ditutup.

Menurut Jenain, siren kereta polis juga boleh didengar dalam keadaan tingkap ditutup, meskipun ia akan sedikit perlahan.

Walaupun mendakwa rakan sejawatnya, Konstabel Mohd Izham Mahayadin berbohong semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan, Jenain mengakui hubungan mereka adalah baik.

"Hubungan saya dengan Mohd Izham adalah rapat, saya dan Mohd Hafizd amat rapat manakala hubungan saya dengan Koperal Azhar Hashim (yang memandu sebuah lagi kereta peronda) lagi rapat.

"Semuanya rakan baik saya walaupun selepas saya dituduh di mahkamah. Saya tidak bersetuju mereka mahu mengenakan saya," katanya.

Sementara itu, cubaan Idham untuk mengemukakan laporan polis yang dibuat oleh Jenain mengenai kejadian itu dibantah oleh peguam M. Athimulan kerana dokumen tersebut tidak pernah dikemukakan pada peringkat awal perbicaraan.

Laporan polis itu dibuat kira-kira lapan jam selepas kejadian, iaitu pada pukul 10.40 pagi, 26 April 2010 di Ibu Pejabat Polis di sini.

Idham bagaimanapun memberitahu, pihaknya tidak berhasrat untuk mengemukakan dokumen itu di peringkat awal, tetapi perlu berbuat demikian di saat ini bagi menunjukkan Jenain memberikan keterangan yang bercanggah daripada laporan polisnya.

Athimulan membalas, tindakan itu tidak adil kepada pembelaan selain Seksyen 113 (1) Kanun Acara Jenayah menyatakan laporan polis tidak boleh digunakan di mahkamah sebagai keterangan walaupun untuk tujuan mencabar kredibiliti seorang saksi.

Ekoran bantahan itu, Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 23 Mei ini untuk kedua-dua pihak berhujah mengenai isu tersebut sebelum perbicaraan disambung pada 2 dan 3 Jun depan.

Jenain sedang membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, yang didakwa dilakukannya antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April 2010.

Jika disabitkan bersalah, Jenain boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
- mStarOnline

Pendedahan RPK: Kementerian Pertahanan Nafi Wujud Maklumat

KEMENTERIAN Pertahanan pada Jumaat menafikan wujudnya maklumat berkaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaaribu yang dirujuk sebagai laporan risikan oleh pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpah (SD) yang dikemukakan tiga tahun lalu.

Raja Petra dalam pendedahan eksklusifnya kepada TV3 Rabu lalu mendakwa, maklumat tersebut diperoleh daripada beberapa sumber termasuklah, daripada Kolonel Azmi Zainal Abidin yang juga orang nombor dua dalam unit risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra adalah palsu dan tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.

Azizan berkata Kolonel Azmi yang dimaksudkan oleh Raja Petra adalah seorang pegawai Tentera Darat dan beliau telah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008.
Beliau kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat. "Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM," katanya.

Azizan menegaskan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan itu. "Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pegawai kanan Tentera Darat itu telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan terhadap beliau selesai.

Dalam akuan bersumpahnya pada 18 Jun 2008, Raja Petra menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD itu, saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.

"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan. "Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Selain, seorang pegawai perisik tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi, Raja Petra berkata terdapat tiga individu lain yang turut memberinya maklumat yang sama mereka terdiri daripada, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Kalau apa yang dikatakan RPK itu benar, sudah tentu mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang sedia ada.

Pengakuan Raja Petra Dedah 'Kepala Konspirasi' Sebenar - Anuar

PENGAKUAN pengendali blog, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai cubaan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan petunjuk jelas tentang siapa sebenarnya 'kepala konspirasi' dalam politik negara.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim, berkata di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Raja Petra telah dedahkan beberapa nama dan individu yang berkait secara langsung dengan seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan perancang segala konspirasi ini dengan niat tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Dalam siaran berita TV3 Rabu malam, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.


Raja Petra berkata beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu dari parti pembangkang itu yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Anwar.

Anuar berkata pengakuan Raja Petra itu amat mengejutkan dan beliau percaya pemimpin pembangkang itu tidak akan berani memfailkan saman terhadap Raja Petra.
- Bernama

SATU MELAYU:
Raja Petra telah dedahkan siapa ‘Raja Konspirasi’ yang mengajak rakyat menghuru-harakan negara dengan pelbagai fitnah dan pembohongan bagi menyekat Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Kalau dulu ramai yang memuji dan memuja tulisan RPK kerana tulisan-tulisan yang pro pembangkang dan menghentam hebat kerajaan BN dan Ds Najib, apakah kini setelah RPK dedahkan rahsia jahat konspirasi Anwar, maka RPK tidak dipercayaai lagi?

Kalaulah apa yang didedahkan RPK itu dianggap satu lagi fitnah atau konspirasi terhadap Anwar, maka  silakanlah saman si RPK itu dengan nilai ratusan juta. Apa susah! Ramai peguam-peguam ternama negara ini berada dalam genggaman Anwar.

Azmi Zainal mungkin hadapi tindakan tegas

SEORANG pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan.

Raja Petra tahu lebih banyak rahsia dan Anwar dah tak siuman....
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus bersiap sedia untuk dituduh oleh Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pengakuan Raja Petra Kamaruddin berhubung isu tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ia merupakan amalan biasa Anwar dan rakyat yang berfikiran waras digesa supaya tidak 'menghinakan' diri sendiri untuk berketuakan pemimpin yang tidak siuman itu.

Menurut beliau, selepas mempertikai kesahihan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini, Anwar juga diyakini akan melakukan tindakan sama terhadap kesahihan klip tayangan temu bual yang disiarkan TV3 itu pula.

''Saya anggap Anwar sudah tidak siuman kerana sanggup berbuat apa sahaja tanpa mengira dosa pahala, halal haram. Orang yang tidak siuman, tidak layak untuk menjadi pemimpin.

''Justeru, UMNO dan BN harus bersiap sedia untuk dituduh sebagai dalang di sebalik pengakuan Raja Petra,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengakuan Raja Petra menerusi Buletin Utama semalam yang mendakwa beliau dipengaruhi dan didesak beberapa individu tertentu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mohd. Zahid berkata, di sebalik tekanan demi tekanan yang diterima Anwar, pihaknya juga yakin bahawa Ketua Pembangkang itu akan bertindak melarikan diri ke luar negara bagi mengelak daripada menghadapi kebenaran.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman berkata, Raja Petra diyakini mengetahui lebih banyak rahsia dan penglibatan Anwar dalam memburuk-burukkan kerajaan.

''Sama seperti dalam kes saya, Anwar sanggup memfitnah Perdana Menteri dan isteri semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Malah beliau juga telah memonopoli fitnah ini untuk mengarahkan seluruh jenteranya menyerang Perdana Menteri dan isteri," katanya.

Bekas ketua Angkatan Muda Kelantan (AMK) Selangor, Hamizun Khairuddin pula berkata, sebagai konsultan dan penasihat media nombor satu kepada Anwar, Raja Petra sudah semestinya menyimpan banyak maklumat utama berkaitan aktiviti ketuanya itu.

''Pendedahan Raja Petra ini adalah kebenaran nyata yang sudah disimpan bertahun-tahun lamanya oleh beliau. Alhamdulillah, Raja Petra sudah tidak sanggup lagi menjadi tali barut Anwar dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin negara," kata beliau.

Mengulas isu sama, bekas Setiausaha AMK, SD Johari Md. Yassin memberitahu pendedahan Raja Petra merupakan satu lagi siri penipuan Anwar yang dilakukan secara terancang, berterusan dan konsisten.

''Begitu pun saya yakin Pas akan tetap menyokong Anwar dan menghentam Raja Petra sekali gus menjadi pencuci dosa Anwar semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Pendedahan dan pembongkaran rahsia konspirasi Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib dan isteri mula terdedah sedikt demi sedikit melalui pelbagai orang yang dulunya menyokong Anwar dan PKR, tapi telah lari lintang pukang meninggalkan bekas pemimpimpin ABIM dan partinya kerana menyedari buruk laku serta pembohongan yang jadi amalan Anwar sejak dulu, kini dan selamanya.

Selepas ini tak tahulah apa lagi yang akan terdedah. Bekas rakan, sahabat dan penyokong setia Anwar seolah berlumba-lumba mendedahkan segala konspirasi dan keburukan Anwar yang mereka ketahui kerana turut terlibat dengannya.

Inilah keadilan demi keadilan yang dipohon oleh rakyat.....

Siasat Pengakuan RPK: Laporan polis diperlukan....

Pembunuhan Altantuya: Konspirasi fitnah Anwar Ibrahim terhadap DS Najib dan isteri terdedah....

POLIS sedia menyiasat pendedahan oleh pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin iaitu terdapat individu mendalangi tuduhan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, setelah meneliti laporan akhbar hari ini serta pendedahan menerusi Buletin Utama TV3 malam tadi, polis mendapati terdapat asas untuk siasatan dilakukan.

"Tetapi siasatan itu akan dilakukan jika terdapat laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak. Siasatan itu nanti akan dilakukan secara menyeluruh termasuk penelitian semula terhadap Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat Raja Petra sebelum ini," katanya di Bukit Aman pada Khamis.

Raja Petra yang menghilangkan diri sejak sekian lama kerana diburu polis, muncul semalam dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Sebaliknya, Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Sementara itu, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan di Balai Polis Dang Wang di sini kira-kira pukul 4.30 petang ini meminta agar siasatan segera dibuat ke atas pengakuan Raja Petra itu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Omar Salleh berkata, JMM turut meminta pihak polis memanggil empat individu yang dinamakan oleh pengendali laman web antikerajaan itu untuk disoal siasat.

"JMM kesal dengan komplot jenayah fitnah oleh individu tertentu bagi menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri sebagaimana yang didedahkan Raja Petra," katanya.

Omar berkata, polis perlu memanggil Nik Azmi Nik Daud, John Pang, Din Merican dan Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didakwa oleh Raja Petra sebagai individu yang memberi maklumat kepadanya kononnya isteri Perdana Menteri berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
- Utusan

SATU MELAYU:
Setakat semalam, hanya JMM sahaja yang membuat laporan polis mengenai pendedahan RPK itu.
NGO yang lain belum lagi buat laporan polis.
Walaupun satu laporan polis itu memadai untuk pihak polis membuat siasatan, tapi kalau ada lebih banyak labih baik.

Diharap akan ada individu atau NGO yang mengikuti langkah JMM membuat laporan polis mengenai pendedahan RPK itu hari ini.

Cabut lari bila ditanya mengenai video seks dan jam Omega: Anwar bukan pejuang rakyat


TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan majlis apabila ditanya mengenai video seks, jam tangan Omega dan isu liwat oleh seorang tuai rumah panjang menjadi bukti beliau bukanlah pejuang rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mengambil peluang membuat penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan oleh rakyat akar umbi.

"Itu menunjukkan penduduk di rumah panjang pun mengetahui sikap dan latar belakang Anwar yang sebenar.

"Kalau dia benar-benar pemimpin dan pejuang rakyat, dia sepatutnya memberi penjelasan, apa yang rakyat tanya dia jawablah, kenapa dia rasa susah nak jawab sehingga dia cari jalan mudah meninggalkan majlis," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Sungai Apong, Kuching pada Khamis.

Menurut seorang saksi, Anwar menghentikan ceramahnya apabila ditanya Tuai Rumah Edison Bugap di Melekun, Kapit, mengenai video seks, jam tangan Omega dan kes liwat membabitkannya selain menegaskan penduduk rumah panjang ingin mendengar daripada mulut Anwar sendiri mengenainya.

Anwar yang kurang senang dengan pertanyaan itu enggan menjawab dan memberitahu kira-kira 120 orang yang berada pada majlis itu supaya memikirkan soal lain seperti isu pembalakan dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebelum menamatkan ceramah dan meninggalkan majlis tanpa meminta diri terlebih dahulu.

Sementara itu, Muhyiddin berkata jumlah kehadiran yang ramai pada ceramah Anwar di beberapa lokasi sebelum ini tidak semestinya menjadi indikator tepat mengenai sokongan rakyat.

Katanya, perkara itu mungkin berlaku kerana rakyat lebih tertarik untuk mendegar isu sensasi politik berbanding ucapan seorang Timbalan Perdana Menteri yang bercakap mengenai perkara nyata seperti pembangunan.

"Mula-mula memang begitu (ramai), tapi lama-kelamaan orang yang dengar sekali sudah jemu.

"Sebab itu dalam masa beberapa hari ini mereka tak dapat kumpulkan orang seramai peringkat awal (kempen)," tegasnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sekarang baru orang Sarawak tahu bahawa Anwar Ibrahim itu seorang yang berlagak mahu jadi pemimpin tapi tidak mahu bertanggungjawab.

Rakyat di Semenanjung telah faham siapa Anwar. Dia hanya mahu didewa-dewakan sebagai pemimpin dan kata-katanya penuh dengan pembohongan serta kelentong.

Aksi 'Putar Alam Shah'
Kalau masalah peribadinya pun dia mengharapkan rakyat menyelesaikan apakah mungkin dia mampu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab mempertahankan negara, bangsa dan agama kalau dia diberikan tanggungjawab menjadi Perdana Menteri?

Apa yang Anwar boleh lakukan apabila menghadapi masalah kalau sekadar melenting dan menyalahkan orang lain dengan alasan konspirasi? Dia hanya tahu mengatakan ada konspirasi terhadap dirinya sahaja, sedangkan konspirasi yang dia sendiri rancang untuk jatuhkan pemimpin negara yang baik telah terdedah sebagaimana yang diluahkan oleh penulis upahannya – Raja Petra Kamaruddin beberapa hari lalu.

Syukur ke hadhrat Allah SWT kerana pertanyaan oleh tuan rumah panjang itu menyerlahkan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.
‘Berani kerana benar, takut kerana bersalah’.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog